RSS

KEJAMMMM….

18 Feb
KEJAMMM….
Kereta Grand Livina Hitam kebanggaanmu…
Yang nama penjaminnya org yang kau aniaya….
yg dah tak de ikatan apa dgnmu…
Namun tanpa malu…
kau masih mahu menggunakan namaku…

Kau sungguh kejamm…
Kejam memperlakukan aku sedemikian…
Yer sedari dulu lagi kau kejam…
Tapi kini akau lebih kejammm…
Dua tahun aku bagi kau masa…
Dua tahun juga kau tabur janji2 kosong…
Alasan pertama…
Tiada yg sudi menjadi garento gantian…
Bila kau berkahwin…dah ada yg sudi…
Kau masih terus diam….
Masa terus berlalu…
Lagi sekali kau berjanji untuk menukar nama…
Bila ku suarakan untuk membuat pinjaman…
Demi membeli standing frame dan walking aid Iman…
Yang harganya ribu-riban…
Lagi sekali kau bermain janji…
Kau janjikan keretamu akan dijual…
dijual kepada isteri barumu sendiri…
Maybank KL mengesahkan hal tersebut…
Dan di saat akhir, tatkala pinjaman diluluskan sebanyak 55k..
Yang kau harapkan dapat full loan 60k…
( ada ke beli keter second dapat full loan??)
Sekali lagi kau batalkan pinjaman…
dengan alasan kau tiada duit utk membayar wang beza sebanyak 5k…
dan yang paling mengharukan…
duit tu kau minta pada aku..
Yang tak pakai kereta tersebut…
yang tak naik kereta tersebut…
dan yg tak dapat manfaat apa-pun dari kereta tersebut…
kecuali air mata dan nista…
dan saat itulah kau melafazkan…
” IMAN BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA…”
Bergegar jantungku…bercucuran air mataku…
Dan semenjak itu aku tak mengharapkan apa-apa dari kau 
untuk memulihkan Iman…
Biarlah kubesarkan dia dengan tanganku…
walaupun kau mengaku memberinya 200 sebulan…
Yg hanya cukup untuk lampin pakai buang dan susu sustagennya sahaja…
Setahun berlalu…janji tinggal janji…
Kini sekali lagi aku mohon untuk kau gugurkan namaku…
Untuk aku membuat pinjaman..
Demi sebuah NYAWA…
yer nyawa ayahku…
Yang menghidap RENAL FAILURE END STAGE…
( BUAH PINGGANG KRONIK STAGE AKHIR )
Bayangkan jika lelaki yang terlantar ini abahmu…
adakah kau akan membiarkan dia “pergi”
tanpa berbuat apa-apa….

Tanpa hati…
sekali lagi kau bertindak kejam…
Kau kata…kau hanya akan tunggu..
Namaku sebagai penjamin kereta kau tidak memberi masalah…
Yg salah pihak bank…
atau aku yg tak layak mohon pinjaman…
Adakah kau mahu tunggu ayahku pergi dulu…???
atau balasan tuhan turun pada kau…
sebab tak habis2 menganaiaya aku…
Sungguh kau memang tak mengenang budi…..
aku tak minta banyak…
Cuma PULANGKAN HAK AKU…!!!!
GUGURKAN NAMAKU SEBAGAI PENJAMIN KERETAMU…
ITU SAHAJA….
Kau bersama orang kuatmu…adikmu yang sentiasa di belakangmu…
dan adik iparmu yang menyokongmu tanpa jemu…
dan pasti mereka berdua ini akan mengamuk…
bila sahaja entry ini dipublishkan…
Yer aku sengaja mencoret di sini…
kerna aku tahu kau akan membaca coretanku ini…
Walaupun beribu kali kau memberi amaran…

Aku tahu kau sedang bergembira…
sedang berbahagia…
Menunggu kelahiran cahaya mata pertamamu…
Bersama dia…
tapi kau jangan lupa…
kau sedang membina bahagia di atas…
penderitaan dan air mata orang lain…..

Kalau kawan2 pembaca jumpa si Dia ni kat ampang…
tolong bagitahu dia…
pulangkan hak saya….
itu sahaja….


 
13 Comments

Posted by on February 18, 2012 in Emosi

 

13 responses to “KEJAMMMM….

  1. Noina

    February 18, 2012 at 6:56 am

    huhu..kak sedihnya..tak settle lagi masalah ni..

    Kepada tuan punya Grand Livina.. Huh..ingat hebat sgt ke? ingat sikit bini tgh ngandung..org yang teraniaya ni doanya dimakbulkan Tuhan. Jgn sampai anak yang dikandung tu tak seperti yang ko harapkan sudahlah yek.. Ingat sikit..!

    *kak..sori..ina emosi..geram rasa..😦 Sabar2 yek kak..Kalau ku punya duit berjuta, ku bantu mu kak..

     
  2. iza

    February 18, 2012 at 8:08 am

    cuma lelaki dayus aje yg buat macam ni kat wanita yg menjadi ibu kpd anak2nya. shame on you!! kalau x tahu malu dgn masyarakat, malulah dgn Allah. kalau rasa x cukup jantan nk beri nafkah kpd anak2 sendiri, jangan lah menyusahkan orang yang menjaga anak2mu dgn ikhlas.

     
  3. Lynn

    February 18, 2012 at 11:57 am

    Kak…berdoalah dengan bersungguh-sungguh..bacalah doa nabi Nuh alaihissalam..Insyaallah doa orang yang teraniaya akan dimakbulkan..

    #Semoga “dia” tahu..dia membina bahagia dari airmata orang lain..dia takkan tenang..

     
  4. Angah

    February 18, 2012 at 12:37 pm

    kepada 'lelaki itu', seronok kah menganiaya org yg pernah kau cinta?

    kepada adik beradik, ipar duai 'lelaki itu' tidak takutkah kamu kerana bersubahat menganiaya ibu kepada anak-anak buah kamu?

    Masyaallah, ingatlah akan hukum KARMA, sekarang Tuhan bayar Cash ok..

     
  5. Bicara hati ibu aisya

    February 18, 2012 at 3:21 pm

    Kak..

    Yang boleh saya katakan adalah SABAR,SABAR dan terus SABAR.Akan ada balasan atas setiap penderitaan dan airmata yang menitis.ALLAH ITU MAHA ADIL.
    Pada hamba Allah itu, sedarlah..kembalikan hak pada yang berhak.Jangan menganiaya mereka yang pernah berjasa.Hidup kau xakan tenang dan aman!

     
  6. ieda

    February 19, 2012 at 4:16 am

    NANIE..
    BIARLAH DIA MENIDAKKAN TANGGUNGJAWABNYA KEPADA ANAKNYA DI DUNIA INI…DIAKHIRAT NANTI IA AKAN TETAP DITUNTUT…TIADA SESIAPA YG BOLEH LARI DARI HUKUM ALLAH.

    TTG PINJANMAN TU…KENAPA JADI PENJAMIN PUN TAK DIBENARKAN BUAT LOAN? JUST WONDER…

     
  7. Kerikil Kehidupan

    February 19, 2012 at 8:36 am

    salam kak ida, loan saya tak lulus sebab komitmen saya melebihi pendapatan…pendapatan bersih saya kecil, saya masih membayar loan bank rakyat yg ex saya janji nak bayar, membayar ansuran kereta, dan juga penjamin kepada dua buah kereta…termasuk kereta adiknya…penjamin grand livina agak berat sebab nilainya besar…saya juga pernah hampir disenaraihitamkan apabila ex saya tidak membayar ansuran kereta selama 4 bulan…kalau saya berjaya membuat pinjaman pun hanya sebanyak 10K, itupun overlap..setakat ini saya hanya berurusan dgn bank rakyat kerana lebih mudah, bank lain saya tidak tahulah pula. Pepun thanks kak sudi bertanya.

     
  8. EdaManAli

    February 19, 2012 at 1:02 pm

    salam kak,

    terasa sama sakitnya…

    mcm mana dia boleh tenang hidup dalam hutang & amanah yg tidak terlaksana…di padang mahsyar nnt, dia akn ditayangkn dgn dosa2 dia…pd masa tu semua dh xb'guna…

    t'ingt akn kata2 “jika kita tidak mampu untuk memberi kesenangan kpd org lain, berusahalah sedaya upaya utk tidak menyusahkan mereka”…

    saya doakn semoga Allah merahmati akak, sentiasa beri kasih sayangNya pd akak, mudahkan urusan akak…sabar lah byk2 akak…cuma ingat kita semua ada Allah utk m'hukum mereka, Allah jua tempat kita bergantung…

     
  9. Amiizaa2001

    February 20, 2012 at 3:33 am

    kak, sedihnyaaa:(

    akak ada hak keatas kereta tu sebab nama akak, cuma akak buat report dekat polis.

    😦

    moga akak tabah dan kuat…

     
  10. anitadiana

    February 20, 2012 at 3:35 am

    salam singgah..sedih kak ita baca,,kurang ajarnya jantan mcm ne…minta maaf ya..kak ita geram sanggat….jantan macam ne pun ada..suruh lah adik beradik ke yg tersayang tu jadi penjamin..tu pun tak boleh pikir ke…

     
  11. Pnut

    February 21, 2012 at 6:32 am

    Insya-Allah doa orang teraniaya ni makbul.. memang Allah dah janji…
    maka doa la banyak-banyak dipermudahkan urusan, dan moga Allah merahmati usaha dan kesungguhan nani…

    kepada yang menganiaya, Insya-Allah Allah itu Maha Adil

     
  12. Rizziela

    March 1, 2012 at 5:18 am

    tak baik menganayai orang lain..Kesian kat Iman

     
  13. zura_habib

    March 14, 2012 at 2:29 am

    berdoalah kerana doa org teraniaya itu mustajab..Allah tu maha Adil…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: