RSS

1 MAC 2010 – 2 TAHUN SUDAH BERLALU

29 Feb
Salam siaran pembaca KerikilKehidupan….
Selamat bersua kembali…
Tempat terlerainya sebuah cinta….

Jam sudah menunjukkan angka 1230 malam..
Saya merenung nombor 1 Mac yg tertera di dada laptop…
Apa kena dgn tarikh itu yer? Seolah-olah tarikh itu penting buat saya…tarikh lahir seseorangkah?

Subhanallah saya sungguh lupa dengan tarikh keramat itu…titik hitam itu….
Sungguh saya hampir terlupa…
Sudah terpadamkah sejarah pahit itu dari hati saya….

1 MAC 2010

Usai solat Subuh…saya berteleku lama di tikar sejadah…mencari kekuatan…mencari ketenangan…
Berdoa agar saya diberi ketenangan sebaik mungkin…
Agar jiwa saya redha dan pasrah…
Hari ini hari penentuan…
Perjuangan saya hampir 6 bulan akan berakhir pada hari ini…
Bukan sedikit air mata yang tumpah…bukan sedikit derita yang menjengah…
Namun biarlah segalanya ternoktah di sini…hari ini….

Bahu saya dicuit seseorang…lembut…
Saya berpaling…wajah sahabat karib saya terpampang di ruang mata…
Terima kasih kerana menumpangkan saya bermalam di rumahnya…

” Tabahkan hatimu Nani…Bergantunglah hanya dengan tali Allah…Kita merancang, Namun Allah adalah perancang yang terbaik buat kita”…tulus sekali suaranya menusuk ke jiwa saya…

Pukul 7 pagi kami bersiap…memandangkan hari sekolah dia hanya menghantar saya ke bus stand…sebelum berpisah…dia mengenggam erat tangan saya…

” Kau kuat Nanie…kau mampu hadapinya….Zikir banyak2 dan serahkan dirimu hanya pada Allah”

Pautan tangan kami terlerai…saya turun dari keretanya menuju ke bus stand bersama sebuah beg balik kampung….Sebentar lagi saya akan diambil oleh seseorang yg juga rakan baik saya, dia akan menghantar saya ke tempat perhitungan…Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat….

Sewaktu kereta kawan baik saya itu berlalu meninggalkan perkarangan mahkamah, dia tidak dapat menemani saya kerana bekerja…perasaan saya bercampur baur…saya melangkah longlai menuju pintu mahkamah yang baru sahaja dibuka…bersama beg di tangan…Agak janggal mungkin saya di mata orang, mengapa perlu hadir ke mahkamah dengan beg balik kampung….kerna selepas perbicaraan selesai…saya akan terus pulang ke rumah orang tua saya…3 permata hati saya yg tidak tahu apa tujuan saya ke Kuala Lumpur menunggu saya dengan setia…Mereka masih mentah untuk tahu dan faham apa ertinya sebuah perceraian…

Mahkamah masih lengang kerana perbicaran hanya akan bermula pada pukul 9 pagi…saya melangkah masuk dan meminta izin kepada mak cik cleaner utk menyimpan beg di bawah meja…dia kehairanan bertanya saya…

“Anak sorang je?” soalnya ramah….
” Ye mak cik…” soal saya ringkas….
” Anak sabar yer..” luah mak cik tu seolah-olah dapat menebak gelora hebat di danau hati saya….

Pukul 815…kaunter pendaftaran dibuka…saya orang pertama yang mendaftar untuk menghadiri sidang perbicaran pada hari itu…semasa saya mendaftar, alangkah terkejutnya saya apabila diberitahu hakim yang akan mengadili kes saya adalan Tuan Nik Asrul Nizam…

Subhanallah…rakan sekuliah saya…dan rakan sepejabat saya sewaktu kami sama-sama SSL ( Skim Sangkutan dan Latihan ) di JKSM Putrajaya…sudah bergelar Hakim Mahkamah Syariah rupanya sahabat saya itu…

Malunya saya…hari ini saya akan diadili oleh orang yg kenal siapa saya…dan pernah hadir ke jamuan sempena pernikahan kami…hari ini dia menjadi saksi saat saya diceraikan..

Selesai mendaftar, saya meminta izin untuk masuk ke kamar mahkamah…di tangan saya tergenggam erat kitab ma’surat dan fail yang mengandungi surat saman dan perjanjian penyelesaian juga sekping gambar tiga permata hati saya….Kamar mahkamah yang hening itu meruntun jiwa saya…di saat-saat terakhir saya bergelar seorang isteri…saya memilih bangku yang paling sudut…suasana sunyi dan bungkam…saya membaca helaian demi helaian maksurat dengan suara yg bergema di dalam hati..dalam kesyahduan itu satu persatu air mata saya gugur membasahi ma’surat itu…Hancurnya jiwa saya…luluhnya hati saya tidak mampu saya gambarkan dengan kata-kata…Perkahwinan yang dibina hampir 8 tahun lamanya bakal berkubur hari ini….Tiada lagi rasa cinta dan kasih sayang…berganti dengan rasa dendam dan benci….kekejaman demi kekejaman yang berlaku membutakan mata dan hati saya untuk menerima dia kembali…saya nekad memohon cerai…dan atas sebab itulah saya berada di mahkamah hari ini….

Jam tepat pukul 9 pagi…
Kamar mahkamah dipenuhi dengan pasangan-pasangan yg akan dibicarakan hari ini…Persidangan terbuka…Kelibat si dia muncul bersama ibu-bapanya…penyokong kuatnya yg tak mahu mendengar penjelasan saya…yang tak mahu membela saya….yang menerima bulat2 kata anaknya tanpa pertimbangan yg waras….Hari ini mereka bukan lagi ibu bapa mertua saya…sebentar lagi hubungan itu akan putus…

Saya mengenggam erat ma’surat kecil itu…di bibir saya tidak putus2 menyebut Allah…Allah…
Memohon diberi ketenangan berganda…
Saya tahu bergegar tiang arasy tatkala cerai dilafazkan…namun inilah pilihan saya…
Cukuplah derita yang saya tanggung sekian lama…

Selesai tiga kes berlalu…sampailah saat kami dipanggil ke hadapan hakim…Berjalan beriringan berdua menjadi perkara asing buat saya, membuat saya kekok…entah bagaimana perasaan aneh itu muncul…yang pasti saya tidak mahu dekat dengan lelaki itu…dirinya terlalu asing buat saya…dia bukan lelaki yg saya kenal 8 tahun dulu…dia bukan lagi suami saya…kecurangannya tak mampu saya maafkan…

Persidangan bermula….saya sudah lupa apa yg dibacakan…saya cuma ingat saya terlalu malu untuk mengangkat muka berhadapan dengan hakim yang saya kenal orangnya…kulit muka tebal seinci rasanya…tak tertahan menanggung malu….yang saya cuma ingat…saya mendengar nada suara yang bergetar…nada suara yang nekad…

” Dengan lafaz bismillah…saya menceraikan isteri saya Rosnani binti Mat Ali dengan talak satu….!”

Alhamdulillah…tiada setitis pun air mata yang gugur tatkala talak itu dilafazkan…Alhamdulillah juga kerana saya berada di dalam situasi yang cukup tenang saat perbicaraan…

Berakhir sudah sebuah derita…berakhir sudah sebuah perjuangan….runtuh sudah sebuah cinta….

Saya sampai ke rumah dengan bas ekspres Mara Liner pada jam 5 petang…

Turun dari bas saya meluru memeluk ketiga-tiga anak saya…ketiga-tiga permata hati saya…
Saat itulah barulah air mata saya bercucuran…

” Maafkan umi anak-anakku…maafkan umi….”

Kalianlah kekuatan umi dari dulu, kini dan selamanya…
Biarlah orang mengatakan kita tidak bahagia…
Namun umi akan berkorban apa sahaja untuk memastikan kalian tidak pernah merasa kurang apa-apa dengan perpisahan ini….
Umi sayangggg kalian…!!!!

Gambar terakhir kita sebagai sebuah sekeluarga..
Di saat ini hatimu telah dihuni insan lain…
2 minggu sebelum segalanya terbongkar….
Sebelum segalanya musnah….
 
8 Comments

Posted by on February 29, 2012 in memori

 

8 responses to “1 MAC 2010 – 2 TAHUN SUDAH BERLALU

  1. Noina

    February 29, 2012 at 11:28 pm

    Kak..menitik air mata saya kak..Moga Allah sentiasa bersama akak dan anak-anak.. *hugs*

     
  2. ieda

    March 1, 2012 at 2:21 am

    “biar kurang kebahagiaan asalkan tiada penderitaan”…..

     
  3. ct-sue

    March 2, 2012 at 4:07 am

    Semoga terus kuat mengharungi setiap cubaan yang datang..

     
  4. Nonie

    March 3, 2012 at 4:34 pm

    Dari terus menderita lebih baik memilih mencari kebahagiaan n ketenangan biarpun jauh lg perjalanan hidup ini namun Allah s.w.t sentiasa bersama:-)

     
  5. bEe HoNeY

    March 5, 2012 at 3:29 am

    semoga aakak lbh tabah…tiap dugaan ada hkmahnya.biarlah penderiaan berlalu asl ank2 dpn mata meniti hidup bersama kita. akak kuat,caiyok3x

    akak, nk tye skit psl shams terapi centre.boleh bg website@ no tel?sya try search x jmpa la kak..the tole ok x kak?sya mcm nak p jer…apa emel akak?

     
  6. anitadiana

    March 8, 2012 at 6:36 am

    tabah ya nani..untuk anak-anak..kak ita pernah mengaliminya….kak ita selalu singgah blog ne..

     
  7. Lynn

    March 8, 2012 at 8:11 am

    Salam..

    Kak…lynn menangis bila membaca tulisan akak…betapa tulusnya akak menggambarkan kisah hidup ini..
    Ketahuilah kak..dia takkan bahagia kerana meruntuhkan kebahagiaan iman,mira dan kak long…

    Lynn doakan ketenangan untuk akak sekeluarga…tabahlah wahai kakakku…

     
  8. Mama Miraki

    October 6, 2012 at 3:16 am

    Assalaumailum…

    selamat berkenalan. saya terjumpa blog ni dah terus terbaca entry2 dalam blog ni. Sungguh sedih terutama entry ini. Bersabar ye. 2 hari saya habiskan untuk memaca entry2 dalam blog ni..sungguh tabah hatimu……

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: