RSS

Terapi Iman, Bersih 3.0 dan INTAZ

06 May

Selamat bertemu kembali…..
Huhu…dah bersawang dah blog umi ni…

2 minggu yg sangat padat dengan aktiviti…Bermula dgn umi berkursus di Bandar Tenggara, Kulaijaya, JB selama seminggu….Kursus Asas Pendidikan Khas…Memberi umi gambaran jelas tentang dunia pend. khas di aliran perdana….

Dari kursus ini…umi dapat merumuskan…Harapan Iman utk menempatkan diri ke kelas pend. Khas terlalu nipis dan umi perlu usaha cara lain…Homeschool juga agak mustahil sebab umi harus bekerja demi menyara anak-anak..InsyaAllah moga ada jalannya suatu hari nanti….

Pulang saja dari Kursus…umi dan Iman bergegas pula ke Kuala Lumpur…Iman ada terapi bersama Doc Sham…nampaknya umi belum mampu untuk membawa Iman sebulan sekali berjumpa doc Sham…byk kekangan terutama dari segi kewangan dan masa…Tak pelah 3 bulan sekali pun umi dah syukur…

Akibat jadual kursus yg terlalu padat umi hampir tidak tahu perkembangan semasa…rupanya tarikh umi ke KL itu adalah tarikh perhimpunan BERSIH 3.0…Itupun setelah Cik Mi Iman bgtau…Umi mesej kawan baik umi di Bangi…dan dia menasihatkan umi masuk ke KL terus…tidur di sana…kalau umi tidur Bangi..dia tak jamin umi dapat masuk KL sebab jalan banyak tutup….

Subhanallah takutnya umi…memang perjalanan malam tu agak memakan masa…kenderaan penuh di jalanraya…Masa umi memasuki terowong SMART, Jalan Sultan Ismail telah pun ditutup….
Sebenarnya umi masih buntu…mana umi nak menginap malam ni…Hajat di hati mahu mencari hotel yg berhampiran dgn Plaza Pekeliling…hotel budget…kalau mahal umi tak mampu…

Alhamdulillah…umi percaya dgn pertolongan Allah untuk urusan angel seperti Iman ni…Kami parking di tempat terapi Doc Sham pada pukul 1130 malam…umi keluar dan bertanyakan guard di Plaza Permata…Alhamdulillah hotel budget yg umi cari terletak betul-betul belakang tempat terapi doc Sham…setelah bertanya masih ada lagi bilik…walaupun agak mahal RM113 semalam…yg murah RM78 dan RM93…telah penuh….

Pukul 1145 pagi umi menapak ke tempat terapi Doc Sham…alhamdulillah Iman memberi kerjasama yg baik…dan doc Sham pandai attract Iman…rasa tak rugi datang dari jauh…Doc Sham cakap badan Iman dah makin kuat…Iman disuruh menjalani hanging terapi…huhu sian anak umi…Hampir 2 jam umi di situ….tapi cuma bayar utk 1 jam terapi…baiknya doc Sham…moga Allah murahkan rezeki doc Sham…Dan umi bercadang untuk membawa Iman ke terapi intensif dgn doc Sham pada bulan 11 nanti…now kena kumpul duit dulu….

mula-mula OK….
Lepas setengah jam…start merengek…kena pujuk ngan mainan…

Pukul 2 petang umi bergerak dari Kuala Lumpur…masa ni hati takut sangat…bunyi siren polis bergema di sana sini…polis berada di setiap sisi jalan…menyekat laluan ke Dataran Merdeka…Ya Allah mudahkanlah urusan kami…bimbang tersangkut di dalam kesesakan jalan raya….

Alhamdulillah…pukul 3 petang kami selamat keluar KL..singgah di Bangi untuk makan tengahari di rumah adik umi….

Pukul 430 kami bertolak pulang ke Keratong…nenek Iman tak habis2 call…bimbangkan keselamatan kami…

Ahad petang…
Kami bergerak ke Kuantan….untuk membawa Iman utk sesi penilaian di Tadika INTAZ….pada hari Isnin….

Alhamdulillah…INTAZ memang menepati ciri-ciri yg umi inginkan…INTAZ juga mengamalkan sisten Glenn Doman tetapi di bawah kelolaan NURY…Kagum sebentar melihat lantai yg bercorak hitam putih, meja patterning dan guru-gurunya yg berpengalaman. INTAZ dibiaya sepenuhnya oleh Sultanah Pahang…Ya Allah kau permudahkanlah urusan umi untuk berpindah ke Kuanatan dan Iman dapat bersekolah di INTAZ…

Sesungguhnya umi tahu laluan ini mungkin sukar…namun umi akan terus berusaha demi Iman….

Kawan-kawan tolong doakan kami ekkk…sayang kalian….

 
4 Comments

Posted by on May 6, 2012 in Iman

 

4 responses to “Terapi Iman, Bersih 3.0 dan INTAZ

  1. Noina

    May 6, 2012 at 6:03 am

    InsyaAllah..🙂

    Akak yang INTAZ tu berapa yuran dia kak..alahai..kan bagus ada kat KL gak.. huhu..

     
  2. Angah

    May 7, 2012 at 3:39 am

    semoga dipermudahkan segala urusan…

     
  3. arriza

    May 7, 2012 at 7:19 am

    INTAZ bukan dibiayai sepenuhnya oleh Sultanah Pahang tetapi oleh anakanda2 Sultan Pahang. INTAZ ditubuhkan bagi mengikuti almarhumah Tengku Ampuan Afzan. Yuran untuk anak istimewa percuma. Disediakan segala kemudahan dan juga mendapat rawatan fisioterapi di hospital.

     
  4. BABY(MAMA AMANA&ARIEF)

    May 9, 2012 at 2:33 pm

    salam kenal kak. saya doakan yg terbaik utk akak dan anak2.. sy hanya mampu melihat n sy doakan akak tabah menghadapi semuanya.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: