RSS

Status di FB

29 Jul

Rasa macam nak tepuk dahi..huhu…tapi nasi dah jadi bubur…tak leh wat apa-apa…dah terlambat…
26 Julai…oppoiment pertama Iman dan Kak Long di Klinik Pakar oftamology di HTAA…terpaksa gi sek dulu sebab cuti tggl 2 hari…nasib kat pahang ni time sleep laku lagi…
Tgk kedaan klinik rasa mcm kembali semula ke Hospital serdang…Alhamdulillah…

Result Temujanji yg panjang…pukul 9 sampai 3 petang…lama tggu ubat…
Iman…saya ralat sungguh…saya baru tahu sbnarnya mata Iman yg saya sangka ok, rupanya tak ok…Iman cross eye…pandangan kedua matanya tidak serentak…berubah-ubah…dan Iman akan melihat sesuatu dgn sebelah mata sahaja…sama ada mata kiri atau kanan…bertukar2…sebab…gangguan pada saraf otak…
Dan doc bgtau sebenarnya mata Iman boleh pulih dgn pembedahan…tetapi sebelum Iman berumur 2 tahun…terkedu saya…setelah 3 tahun berlalu…Doc di Hospital Serdang tak pernah bgtau saya apa-apa…mereka cuma kata saraf mata ok…rabun tak teruk…lazy eye juga tak teruk…Di Muar…saya hanya berjumpa optometris, dgn oppoimen sethn sekali…jumpa doc boleh bilang dgn jari…tiada pemeriksaan saraf mata dilakukan…dan saya beranggapan mata Iman ok…
Apa yg boleh saya katakan…saya bukan pakar mata…yg saya tahu saya akan pergi walau sejauh mana hospital utk memenuhi temujanji anak saya…dan saya mengharap anak saya diberi rawatan terbaik itu sahaja…sekarang…hanya redha…

Kak Long…dgn seorang ibu dan 2 anak mejalani pemeriksaan serentak…saya sungguh lelah…bulan Ramadhan lagi…sorang anak masuk bilik 14, sorang lagi bilik 9…huhu pening…Saya terpaksa meninggalkan Kak Long waktu proses membesarkan anak mata…tika Iman menjalani prosedur melihat saraf…dgn harapan Kak Long baik2 saje…Kali ni lama sungguh doc periksa mata Kak Long…saya sampai naik cuak..sampai saya tertanya, teruk sgt ke mata anak saya? doc jawab….kes sebegini jarang ada di kuantan…so ia satu bonus buat doktor2 saya yg sedang housing…ohhh…rupanya…uppp…rare case…

Hasil temujanji….saranan doc mata di Hospital Serdang utk Kak Long menggunakan kanta khas adalah satu saranan yg bijak dan berjaya…mata juling kak long hampir pulih dgn kanta khas…dan itu satu kejayaan bagi pakar mata…vision kak long juga semakin bagus dan tak perlu tukar cermin mata…huhu syukur…sebab lens khas tu blh mencecah harga rm500 satu set…namun terapi patching harus diteruskan….

Moga mereka terus membesar dgn sempurna….
 
Leave a comment

Posted by on July 29, 2012 in Uncategorized

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: