RSS

Mira..turn 6…Alhamdulillah….

03 Sep
Umi masih ingat lagi…
6 tahun lalu, 31 Ogos 2006…
Pagi2 lagi umi dan Kak Long leka mengadap TV..
tengok perarakan merdeka di dataran merdeka…
Sambil makan tembikai…
Tiada tanda2 kontraktion…
sedangkan tarikh 31 ogos tu due date kelahiran Mira…
Kawan setugas umi call…tanya keadaan umi…
Sakit ke tak?
Kalau tak leh dapat anak merdeka…hehe…lucu….
Pagi 1 Sep 2006…Hari Jumaat…
Sakit bermula seawal 6 pagi…
umi cuba bertahan sebab belum ada sebarang tanda…
Malas nak ke hospital…takut disuruh balik sebab pintu servik belum terbuka…
Dah besar anak dara umi…

Pukul 11 pagi, sakit semakin kerap…
Abi pula kerja seperti biasa…
mujurlah ada Pak Lang yg sudi menghantarkan umi ke Hospital Serdang….
Setelah diperiksa…
bukaan baru 4 cm…
Doktor nak menghantar umi ke wad di tingkat 6…
umi tak mahu..bimbang peristiwa melahirkan Kak Long di bilik prosedur berulang lagi….
Tiada 6, 7, 8 hingga 10 cm…dari 4cm terus pergi 10cm…
Potong kek bersama Fitri…anak adik…

Masa berlalu…tiada rasa sakit yg singgah…
cuma sengal sedikit…
Umi sempat keluar makan roti canai yg umi bawa bekal kat lobi…
Pak Lang umi suruh pulang sebab nak masuk waktu Solat Jumaat…
Tinggallah umi sendirian di PAC Hospital Serdang…
selesai makan…umi sempat lagi berjalan-jalan di lobi hospital…
Potong kek yg dia sendiri pilih…

Pukul 330 petang…
rasa sakit yg amat sangat mula menerjah…
Bilik bersalin masih penuh…
Nurse cek jalan umi…baru 5cm…
Lambat lagi kata nurse…
Mereka bertiga…sebab utk saya meneruskan hidup….

Doktor pula memeriksa umi…sakit yg datang semakin kerap…
Doktor memecahkan air ketuban…
Jap kak…saya nak periksa labour room ada kosong tak…
Umi hanya mengangguk lesu…
Nurse sempat berpesan…kalau rasa dah nak bersalin…panggil..
5 minit berlalu…kontraktion yg tuhan saja tahu sakitnya menerjah bertubi-tubi…
Umi panggil nurse…
Terkejut nurse apabila cek umi dah 10 cm…
Sah sekali lagi tak de 6, 7 hingga 10 cm…
Sekali lagi tak sempat masuk labour room…
tak sampai 10 minit…
Alhamdulillah Mira lahir ke dunia…
doc yg gi tgk labour room ada kosong tak…
Terkejut melihat umi…
La dah bersalin…
sekejapnya akak sakit…..
Umi hanya tersenyum…keletihan…
Call abi…
” Saya dan bersalin…”
dgn sedikit ralat di hati….
* Selamat Hari Lahir Sayang….Moga hidupmu sentiasa dilindungi Allah 
dan menjadi anak yang solehah…
Umi sayang kamu ketat-ketat…..

 
2 Comments

Posted by on September 3, 2012 in Mira

 

2 responses to “Mira..turn 6…Alhamdulillah….

  1. iena_mieyna ^^

    September 6, 2012 at 8:53 am

    salam akak..terima kasih sbb bls..saya pergi facebook akak, tapi x blh add. ni facebook saya https://www.facebook.com/naiena..🙂

     
  2. Arham Md Ali

    September 7, 2012 at 3:58 am

    Alhamdulillah, cepatnya bergerak dari first stage ke second stage. Kami belajar pun amek masa separuh hari.

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: