RSS

CABARAN 2013…..

12 Jan

 12 Jan 2013

Dua jam duk make over lagi…punyalah susah nak cari mood menulis…mujurlah esok cuti….blhla tdo lewat sikit….pejam celik dah 12 hari di tahun baru….saya masih mencari momentum utk kembali ke landasan….

Tahun 2013 ni banyak cabaran yang menanti buat saya…

Cabaran utama bila Mira melangkah ke tahun 1….
Tiap pagi bila celik mata…perkataan pertama yg keluar dari mulutnya…”mengantuk…”
huhu…walhal pukul 10 malam saya dah mengerahnya tido…dan hanya akan dikejut pada pukul 615 pagi…sebab pukul 650 pagi saya dah harus bergerak menghantar Iman ke rumah pengasuh…kalau tidak saya akan tersangkut dalam kesesakan lalu lintas di traffic light Jaya Gading..

hari kedua nak ke sekolah agama ok…hari ketiga huru-hara…

Di dalam kereta saya bekalkan sarapan…air kotak dan roti…memandangkan sekolah saya yg jauh 40 minit perjalanan…sempatlah mereka bersarapan….saya bimbang Mira kelaparan waktu belajar…memandangkan rehat agak lewat, pukul 1020 pagi…..
Alhamdulillah…di sekolah pagi…Mira dapat mengikuti waktu persekolahan dgn baik…dan sedikit lega kerana saya dapat memantaunya sepanjang masa sebab satu sekolah…cuma waktu rehat dia masih memerlukan saya utk membeli makanan….belum mahir dgn wang baki…
Namun cabaran sebenar saya bermula pada waktu tengahari…jarak yang jauh kadangkala menyebabkan Mira tertidur di dalam kereta…keletihan barangkali…dan apabila sampai di rumah…mereka perlu bergegas utk ke sekolah agama pula….
Bagi Mira yg sukar bangun tidur dan masih mengantuk…memang susah utk saya kejutkan dan menyiapkannya ke sekolah agama…apabila tidurnya terganggu…amukannnya pun mulalah menjelma…mengamuk sakan tak mahu ke sekolah agama…mahu terus menyambung tidur….
letih sungguh…stoking pun tak mau cabut…..
Waktu inilah kesabaran memang benar2 diperlukan…ditambah dgn badan yg letih sepagian di sekolah…Mira harus dipujuk…namun pujukan kadang2 tidak berkesan…utk membiarkannya elok sendiri memakan masa…sedangkan masa utk bersiap sgtlah terhad…Kak Long sering merungut sebab terpaksa lewat ke sekolah….
Minggu lepas…saya berjaya memujuknya untuk ke sekolah…berjuraian air matanya sewaktu turun dari kereta….Minggu ini…saya gagal memujuknya…amukannya yg mengantuk membuatkan saya jadi kasihan…sudahnya saya biarkan sahaja dia tidur…
Alahai anak……berbeza sungguh dgn kak long masa darjah 1, mudah saja menguruskannya…tapi Mira ni lain pesen sikit…sering saya mengingatkan kak long…tolong bg kerjasama pada saya…sebab biasanya kalau Mira mengamuk, Kak Long yg akan menjadi mangsa…ada saje yg nak digaduhkannya…
Saya pernah membawa Mira berubat dek amukannya yg menggila terutama bangun pagi…kata kakak yg mengubatnya…” dia tak apa-apa…memang perangainya…In Shaa allah…dia akan berubah….”
Huhu buntu…semoga kesabaran terus menjadi milik saya….ameennn……
 
2 Comments

Posted by on January 12, 2013 in Mira

 

2 responses to “CABARAN 2013…..

  1. EdaManAli

    January 16, 2013 at 4:25 pm

    Akak…anak saya yg no.2 pon kuat mengamuk jgk…yg no.1 suke jgk merengek tp masih mudah diuruskan…mak saya slalu ingatkan setiap ank2 xsama…so, lain laa cara nk melayannya…insyaAllah, lame2 skit, dh kalih & biase ngn waktu skolah, Mira akn OK…kite ibu ni je kene byk sabar…tp nk sabar tu yg besar cabarannya…

     
  2. nuyin2u

    January 23, 2013 at 5:06 am

    salam, lama tak blogwalking..besar dah semua ye..cuba bagi multivitamin ke kat mira..memanglah kasihan…

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: