RSS

MINGGU YG MENCEMASKAN…..

24 Feb
Salam semua…
Terima kasih kerna masih lagi sudi berkunjung ke sini….azam untuk kembali menulis nampaknya terbiar sepi…dek kesibukan yg menghambat diri…keletihan dan kelelahan membuatkan umi memilih utk tidur….tak larat dah nak menaip…walaupun ada byk kisah yg ingin dikongsi…
Minggu ini minggu yg sgt gawat buat umi…bermula dgn umi kemalangan di rumah nenek pada cuti Tahun Baru Cina…jatuh terpelecok di bendul pintu dapur pada pukul 530 pagi…Hasilnya kaki umi bengkak…mulanya sakit tidak tersa sangat…apatah lagi tiket ke Seremban telah pun dibeli…beg telah siap dipacking…anak2 Kak Long dan Mira dah tak sabar nak ke Bandar Baru Bangi…rumah Cik Yan mereka…umi terpaksa meneruskan hasrat…mana mungkin dibatalkan di saat akhir…
Di dalam bas…kaki umi ok saje…langsung tidak sakit mahupun berdenyut…namun apabila sampai ke stesen Komuter Seremban…sewaktu melangkah turun dari bas…barulah umi perasan kaki umi dah bengkak…masyaAllah sakitmya hanya tuhan yg tahu…ibarat tapak kaki dicucuk kayu…sakit benar bila nak melangkah…mira mengomel…lambat benar umi ni nak berjalan….macam kura2 katanya…umi gagahkan jua menaiki komuter ke Bangi…mujurlah kawan baik umi dah sedia menunggu…terpaksalah umi menebalkan muka memintanya membawa umi ke klinik kerna sakit yg tak tertahan rasanya…
Alhamdulillah terubat juga rasa hati dapat bertemu sahabat2 yg banyak membantu umi sewaktu umi dilanda dugaan besar dahulu…sempatlah juga umi ke sekolah lama umi berkhidmat berjumpa sahabat2 lama walaupun dgn keadaan kaki berbalut…bimbang masuk angin dan semakin bengkak…
anak2 di Taman Tasik Cyberjaya…terpaksa ke sni memujuk mira yg mengamuk…
bersama sahabat baik umi yg terlalu byk membantu…thanks sahabat…
Hanya Allah yg dapat membalas segala jasamu…
pengalaman pertama Mira menaiki komuter…
Hasrat di hati mahu juga bertemu kawan2 SuperMum…namun dek kesuntukan masa niat itu cuma terpendam di sudut hati sahaja…tambahan pula Iman tiada bersama…tak seronok pula….Kami cuma sehari saja di sana…tak boleh lama-lama…kesiankan Iman yg ditinggalkan bersama nenek di kampung…tambahan lagi dgn keadaan kaki umi yg susah untuk berjalan…
Masa di Bandar Baru Bangi…keluarga adik umi sedang demam…termasuklah adik umi yg bongsu, Ucu Ana juga demam…terdetik juga di hati jgnlah berjangkit pada anak2 umi….Umi berhajat mahu pulang ke Kuantan pada hari sabtu…namun dgn keadaan kaki umi yg masih bengkak…umi tunda hasrat itu ke hari Ahad…umi berurut dulu di Keratong supaya kurang bengkak…..
Hari Ahad, pukul 800 pagi…umi dan anak2 bertolak pulang ke Kuantan…walaupun kaki masih sakit terutama ketika menekan pedal minyak…umi gagahkan jua…esok anak2 nak sekolah…setibanya di Kuantan…Mira mula menunjukkan tanda2 mahu demam…huhu…apa yg umi bimbangkan nampaknya bakal terjadi….
Hari Isnin…demam Mira makin tinggi…umi terpaksa mengambil MC…umi membawa Mira ke klinik…juga berhajat mahu mengambil tambahan ubat kaki umi yg masih sakit…Doktor memberi umi MC dua hari…katanya umi kena berehat…bimbang kaki umi diserang radang urat…jangan byk bergerak dan balut kaki agar tidak masuk angin…
Malam selasa…jam 2 pagi…Iman merengek-rengek sewaktu tidur…umi rasa badannya…subhanallah…badan Iman menggigil…umi ambik termometer…suhu Iman 39.5’c…Ya Allah tingginya…kelam kabut umi membuka baju Iman…Umi mandikan Iman pada pukul 230 pagi…umi takut sangat…umi bimbang sawannya menyerang…pengalaman lalu tatkala Iman diserang sawan teruk menari2 di ruang mata umi…Ya Allah jauhkanlah….umi beri Iman makan ubat demam…Namun selang sejam badan Iman masih lagi panas…Umi tidak berani melelapkan mata…sudahnya umi berjaga…walaupun umi mengantuk sangat…sebab sblum tidur umi makan ubat tahan sakit…Umi bergegas ke bilik Mira…alhamdulillah suhu badannya telah turun…anak ini memang kuat….syukur mira dah sembuh…
Iman yg demam teruk….
erk…dah tak larat nak menaip…kita sambung lagi ek….
 
3 Comments

Posted by on February 24, 2013 in Iman

 

3 responses to “MINGGU YG MENCEMASKAN…..

  1. Lynn

    March 8, 2013 at 8:23 am

    Assalam kak..

    Sebak hati membaca coretan akak..rasanya tak tertanggung jika lyn di tempat akak..Lyn cuma mampu berdoa semoga kak dibeikan ketabahn insyaallah..amin..

     
  2. Ummu Huzaifi

    March 13, 2013 at 11:49 am

    salam,bagaimana perkembangan anak puan..Iman? saya nak tanya pendapat puan tentang The Tole. Ada perkembangan ke lps rawatan di The Tole?

     
  3. Ummu Huzaifi

    March 13, 2013 at 11:52 am

    salam,bagaimana perkembangan anak puan Iman lps rawatan The Tole? Apa pendapat puan tentang The Tole? Ok ke servis dan rawatan?

     

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

The WordPress.com Blog

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.

%d bloggers like this: