RSS

Category Archives: renungkanlah…

ANAK KER???

Tanyalah kepada ibu2 yang mempunyai anak istimewa…
Pasti biasa berhadapan dgn apa yang saya lalui….
Anak ditoleh 2 kali itu lumrah…
Anak dipandang dgn mata yang bulat bak alien itu juga biasa…
Dulu saya agak terganggu dgn pandangan2 itu…
Kini saya tidak kisah lagi…
Biarlah mereka punya mata nak memandang…
Mereka ingin tahu…
Tak kurang juga ada yang agak “advance”….
Datang dekat dan menyapa…
Bertanya itu dan ini…ada juga yang diakhiri dgn kata-kata…
” alahai…kesiannnn…”
Dulu… saya cukup benci dgn perkataan tersebut…
Saya bawa anak istimewa saya bukan untuk dikasihani.
juga bukan untuk meraih simpati….
Tapi sekarang…saya sudah tidak kisah lagi…
Cuma akhir2 ini…
Saya tak suka jika ada yang bertanya begini…
Sebenarnya dari dulu lagi soalan ini muncul dari yang datang menegur…
Tapi kebelakangan ini agak kerap….
tak kiralah di mana lokasinya…
Yang paling kerap di hospitallah…
Kerana tempat yang paling kerap saya kunjungi bersama Iman ialah hospital…
” Anak ker??? “
” Anak awak ker???”
” Anak adik ker???”
Dan soalan itu biasanya ditanya dgn dahi yang berkerut…
dengan muka yang seolah-olah menafikan sayalah ibu anak ini…
Saya pun hairan kenapa soalan sebegitu boleh muncul…
Jauh sangatkah rupa Iman dari saya…
Tak de iras langsungkah…
Saya sedar raut wajahnya lebih kepada bekas suami..
Hidungnya mancung dan alis matanya lebat…
Hidung saya pula kembang…
Tapi itu semua bukan kerja saya…kerja Tuhan…
Kenapa tegar mempertikaikannya…
tak terfikirkah untuk menjaga sedikit hati saya…
Siapa lagi ibunya kalau bukan saya…
Kerna tika ditanya biasanya hanya saya seorang sahaja yg bersama anak ini…
Kerna sejak kecil lagi…sayalah peneman setia Iman ke hospital…
jika tidak saya siapa lagi…
Sungguh…saya terasa dgn soalan tersebut…
Seolah-olah saya tidak layak bergelar ibu kepada anak se”kacak” Iman…
Walaupun saya yang melahirkannya…
walaupun saya sendirian membesarkannya dari kakinya sebesar 3 jari….
Jika sekali mungkin tidak mengapa…
Tapi berkali-kali…..
Sampai bila…saya pun tidak pasti…
grrrr…emo….
wajah pengubat lara di hati saya…..

terlalu jauh sangatkah perbezaan wajah kami???

 
3 Comments

Posted by on June 2, 2011 in renungkanlah...

 
 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.