Iman Sayang…
Tepat pukul 830 malam tadi…
Entah mengapa hati umi tiba-tiba syahdu…
Kerna saat itulah 4 tahun lalu di tarikh hari ini…
Umi berjuang melahirkanmu…
Kesakitan yg dua kali ganda sakitnya dari dua kelahiran
kakak-kakakmu yg terdahulu….
Kelahiran yang mendebarkan…
kerna umi dikhabarkan…
kau akan pergi sebaik sahaja dilahirkan…
Jantungmu sangat lemah…
Setelah tiga hari melalui ujian CTG…
Hari ketiga beep jantungmu agak Ok
dan umi diinduce…
Dua kali ubat dimasukkan ke pintu serviks umi…
Kau akan dilahirkan secara paksa…
Kerna keadaanmu sangat lemah dan ditambah cecair liquor
yg semakin mengering…
Seharian umi menanggung sakit kontraktions….
dan alhamdulillah kau berjaya dilahirkan secara normal…
walaupun pada awalnya doktor menyarankan
kau dilahirkan secara operation
Dan…
Kuasa Allah mengatasi segala-galanya….
Andaian doktor yg mengatakan jantungmu bakal tidak berfungsi…meleset…
Cuma kau tidak menangis…
dan bantuan oksigen terpaksa diberikan…
Sudahnya wajahmu lebam sebulan lamanya…
Dan andaian doktor kau bayi berkepala kecil juga meleset…
Kerna dgn ukur lilit kepala 31cm dan berat 2.9kg…
Masih di bawah julat normal…
Alhamdulillah….
Namun…5 bulan usiamu segalanya bermula…
Kau diserang sawan dan asma yg teruk…
Hospital telah menjadi rumah kedua kita…
dan saat itulah kau disahkan bayi kelainan upaya…
Hati luluh menerima berita…
Namun hidup perlu diteruskan….
Kini…
sudah empat tahun…
Kita bersama…mengharungi segala derita…
Mengharungi segala duka sengsara….
Kaulah penawar hati umi yang rawan…
Kaulah penguat semangat umi
untuk meneruskan kehidupan…
Setelah umi tersungkur di lubang yang paling dalam….
Umi berjaya bangkit bertatih dan akhirnya
melangkah gagah menongkah arus…
Hari ini…
umi berbangga memilikimu…
Umi bersyukur memilikimu….
walaupun payah…walaupun susah…
Sesungguhnya…
Kaulah anugerah terindah dalam hidup umi….
SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU…
SEMOGA PANJANG UMUR DAN SIHAT SELALU…
DAN SEMOGA KITA TERUS KUAT MENEMPUH
HARI-HARI YANG MENDATANG…..
Impian umi hanya satu…
Memberikan yang terbaik buatmu…
InsyaAllah……