RSS

Category Archives: Luahan

TAHUN BARU – TAHUN KEKUATAN

Huhu dah bersawang blog umi ni…

Kesibukan membelit diri….kesibukan dengan sekolah yg bakal bermula..dan dgn keadaan ayah yang masih dirawat di hospital….

Hari di mana kita semua menangis dgn pemergian Arwah adik Anisa…Hope 2 Walk…ayah juga dikejarkan ke hospital, akibat buah pinggang yg gagal berfungsi dgn baik….Petang itu juga ayah emergency warded, dan prosedur Pleniteriol Dialisis dilakukan…Kini sudah hampir 11 hari ayah di hospital….dan juga sudah hampir 100 beg air dimasukkan ke tubuh ayah….

Kami sekeluarga berkumpul…semua adik beradik yg jauh dan dekat berkumpul di rumah umi menjengok ayah…doa kami hanya satu…ayah segera sembuh….

Tahun 2012 ini kehidupan ayah bakal berubah, ayah terpaksa menjalani rawatan dialisis 3 kali seminggu akibat buah pinggang ayah yg dah rosak teruk…Ya Allah tabahkanlah hati kami sekeluarga…

Untuk permata hati umi..Muhammad Aiman…
Sedikit ralat apabila niat ntuk menyekolahkan Iman di sekolah swasta tidak kesampaian…Pertukaran umi tidak diluluskan…Iman akan bersekolah di PDK seperti dulu…Hari Isnin dan Selasa…2 jam sehari…Maafkan umi Iman…umi tak berjaya memberimu rawatan intensif…Namun umi yakin, ada sesuatu yang Allah janjikan buat kita…mungkin ada kemanisan yg tidak kita ketahui….

Kak Long pula akan memasuki Tahun 3, doa umi Kak Long lebih matang dan rajin berusaha…sementara Mira masih di Prasekolah 6 tahun…Alhamdulillah Mira dah pun boleh membaca…syukur sangat…

Inilah kehidupan…selagi bernyawa…hidup harus diteruskan…Tahun ini juga tahun ketiga umi bergelar Ibu Tunggal..Alhamdulillah jiwa umi semakin kuat…Hati kian tabah…walaupun ada ketikanya badai menjengah jua…Namun umi syukur, umi semakin bijak mengawal keadaan…Umi mahu kuburkan segalanya…

Doa umi…tahun 2012 ini…umi lebih kuat dan tabah….dan Allah merahmati kami sekeluarga…

Ameennn….

 
3 Comments

Posted by on January 1, 2012 in Luahan

 

Unconditional Love

Sabtu – 10 Dis 2011
Gathering Supermum and Superdad
Unconditional Love
Yang Pertama
Perangsang Templer Golf Club, Rawang.

Alhamdulillah….
Syukur padamu Ya Allah…
Dalam keterasingan ini…
Dalam melalui hidup penuh ranjau ini….
Kau mempertemukan umi…
Dengan mereka…
Yang menyayangi umi dan Iman…
Yang menerima umi dan Iman…
Tanpa syarat…

Walaupun pada mulanya…
umi agak gusar…
umi agak rendah diri…
kerna umi dan mereka berbeza….
Mereka satu keluarga yg lengkap…
Namun umi…???
Mampukah umi berdiri sama tinggi 
dan duduk sama rendah dengan mereka….

Namun syukur Ya Allah…
Walaupun di awal kedatangan ke gathering Supermum ini…
Emosi umi teruji…
Emosi umi diasak lagi…
Kerna ada insan yang tak mahu menunaikan janji…
Kerna ada insan yang seolah-olah sengaja 
menguji kesabaran umi…


Namun…
Perjalanan ini harus diteruskan…
walaupun jauh di sudut hati agak terkilan…
Mengapa kau sakiti lagi hati ini???

Melihat gambar ini hati umi tersentuh…
sungguh bertuah angel-angel yang
bersama Superdad tu kan…

sedangkan Iman…

Superdadnya mana…??
Banyakkah masanya yang boleh 
diluangkan bersama Iman…???
Banyakkah masanya untuk mahu memahami 
apa itu Watsu hydrotherapy…
Merangsang deria rasa Iman…
Untuk memahami terapi-terapi yang 
boleh memulihkan anak ini…

sungguh hati umi sebal….

Namun…
Iman tidak mengerti itu semua…
Iman gembira bersama siapa sahaja di sekelilingnya…
Dan terima kasih buat Mama Nabila
Yang memahami gelora hati umi….


Ahad – 11 Dis 2011

Seawal 730 pagi, kami dah bersiap…
hati agak terkilan kerana puteri yang berdua ini
tidak kunjung tiba…
Semalaman umi menunggu kalian…
Niat umi agar dapat membawa kalian tidur di hotel ini…
Yang jarang benar umi dapat melakukannya…
Dek kekurangan masa dan kewangan…

Namun hanya jam 830 pagi…
Barulah kalian muncul…
Tergesa-gesa menukar baju 
kerana acara  sukaneka sudah mahu bermula…
Apa lagi yang boleh umi katakan….
sesungguhnya hati umi telah kering untuk memaafkan…

Terlalu banyak luka yang datang…
Membuatkan umi terpaksa 
memilih undang-undang untuk berbicara…


Sungguh…
setelah tiga minggu…
Umi benar-benar rindukan kalian…
Akhirnya Iman dan Nabila dapat bertentang mata…
Walaupun buat pertama kali…
Namun persahabatan di alam maya…
Membuatkan kami selesa bersama…
Dan terima kasih sekali lagi…
Buat mama Nabila, Noina dan suaminya, Zul…
Sudi menumpangkan kami ke bilik hotel…
Sudi memberikan bubur percuma buat Iman…
Kalian terlalu baik…


Acara Sukaneka…
Iman mengutip gula-gula…
Bukan main seronok lagi…


Iman di dalam acara Superdad memakaikan pampers…
Iman bergandingan dengan Superkakak…
Lucu sangat…
Sebab pampers tak muat…
Ketat dgn seluar jeans…


Puteri-puteri umi dalam acara membawa 
bola ping pong dalam sudu…
Tak pe tak menang…
yang penting…
Have Fun….


Bukan main seronok dapat boogy bag Angry Bird…


Inilah kami…
Kami sama-sama mengerti apa itu rasa kecewa..
Apa itu rasa duka…
Namun kini…
kami bersatu hati…
Kami mahu membela nasib anak-anak kami…
yang sama diagnosisnya…
Cerebral Palsy….

Sungguh…
Jauh di sudut hati…
Umi bertuah kerana Allah mengizinkan umi…
untuk bertemu kalian…
2 hari yang penuh bermakna…
Mengenali angel-angel yang sukar dilupakan…
sama-sama mendengar seminar dan motivasi…
sama-sama mengumpul semangat…
Walaupun ada di antara slot seminar 
yang membuatkan umi menahan perasaan…
Menahan deraian air mata…


Terasa diri benar-benar keseorangan…
terasa diri benar-benar terasing…
Allah hilangkan dahan untuk umi berpaut…
hilangkan bahu untuk umi melepaskan tangis…
Membuatkan sayap umi patah dan hanya bertongkat paruh….


Namun…bersama kalian..
Kekuatan itu datang…
Rasa keterasingan itu hilang..
Kasih sayang tanpa syarat itu menjadi pemangkin positif
dan umi yakin…
Kalian dihantar kepada umi…
Untuk membantu umi terbang tinggi memayungi anak-anak umi…
terutama Iman..
walaupun sayap umi hanya satu….


Sungguh…
Unconditinal Love itu sangat bermakna buat umi…

 
11 Comments

Posted by on December 14, 2011 in Luahan

 

SAYA RINDU MEREKA….

Umi cuba sedaya upaya…
Umi cuba alihkan fikiran umi…
Namun setelah dua hari berlalu….
Umi tak boleh tipu diri umi…
Umi rindukan kalian….
Rindu sangat-sangattt…
Hanya Allah yg tahu apa yg umi rasa…
Sehari pun umi tak sanggup…
Apatah lagi 3 minggu…
Moga Allah kuatkan hati umi…..
Moga Allah tabahkan hati umi……
dan…
Moga kalian bahagia di sisi abi dan ibu ‘baru’ mu….
 
2 Comments

Posted by on November 21, 2011 in Luahan

 

KEHILANGAN….

Terkedu saya…
Terpana saya…
Dengan berita yg baru saya baca….
Hati saya sebak…
Berat sungguh ujian yg KAU timpakan kepadanya…
Berat lagi dari saya…
Saya juga pernah dikhabarkan bakal “kehilangan “…
Saya menangis dan mengongoi kesedihan…
Apabila membayangkan janin di dalam rahim saya bakal “pergi ” sebaik dilahirkan…
Namun…Saya masih berpeluang melihat dan membelai anak saya…
Membesarkan dia walaupun dia “istimewa”
Walaupun dia ” tidak serupa ” dengan saya…..
Saya masih berpeluang mendengar suaranya…
Walaupun melihat lebam di wajahnya..hati saya pilu…
Anak saya lahir dengan kekurangan oksigen…
Menyebabkan otaknya cedera…
Menyebabkan dia dilabel OKU seumur hidupnya….
Tidak dapat saya bayangkan perasaan”nya”…
Tidak dapat saya gambarkan kepiluan yang terpaksa ditangung”nya “
Andai dia berada di depan mata…
Mahu saya memeluk erat tubuhnya…mendakapnya…
” Tabahkan hatimu dik…
Kak Long Sayang kamu…”
Walaupun saya tidak dikhabarkan sedikitpun…
Tak pe saya faham…
Siapa saya…
Hubungan keluarga itu telah putus….
Namun hati kecil saya berbisik…
” Semoga Allah memberi ketenangan dan kekuatan buatmu….”
Merasai sebuah kehilangan itu terlalu perit..
Apatah lagi kita kehilangan apa yg kita sayang…
Yg kita fikir akan menjadi milik kita selamanya…
Saya pernah juga kehilangan…berkali-kali….
Kehilangan yg sakitnya sukar diluah dgn kata-kata….
Yg pedihnya masih belum hilang hingga ke hari ini….
Kehilangan seorang suami yg saya sangka dapat menumpang kasihnya hingga ke mati…
Yg saya sangka menyayangi saya hingga ke syurga…
Namun…jodoh kami tidak panjang…
Saya redha dan saya akur dgn lukisan takdir ini…
Saya juga kehilangan mahligai indah yg saya beli dengan kudrat sendiri…
Yg saya sangka untuk membina keluarga bahagia di sini…
Namun rumah ini kini secara rasminya menjadi milik orang…
Walaupun bulanannya masih dibayar oleh saya…
Proses penyelesaian yg terlalu panjang
Karenah birokrasi yg merumitkan…
Kehilangan ini yg mungkin menjadi titik trauma dalam hidup saya…
Saya kehilangan hampir semua peralatan rumah dalam sekelip mata…
perit untuk dikenang…
dan saya serik untuk melaluinya sekali lagi….
Namun cukuplah dengan kehilangan demi kehilangan yg meruntun hati ini….
Saya tidak mahu kehilangan lagi….
Saya tidak mahu melaluinya lagi…
Kerna KEHILANGAN itu…
Sakitnya terasa sehingga kini…
 
6 Comments

Posted by on October 21, 2011 in Luahan

 

CERITA YANG SAMA….

UMI RINDUKAN DIA…
UMI RINDUKAN SENYUMANNYA…
GELAK TAWANYA…
KENYITAN MATANYA…
DAN SUARANYA YG HALUS MEMANGGIL…MAK…MAK…

UMI LEPASKAN IMAN PADA ATUK DAN NENEK..
ATUK NAK BAWAK IMAN BERUBAT…
DUA HARI BERTURUT-TURUT ATUK DAN NENEK BERULANG KE MUADZAM…
TERBIT JUGA RASA BERSALAH…
IMAN ANAK UMI TETAPI KENAPA UMI SUSAHKAN IBU BAPA UMI LAGI…
NAMUN UMI TERPAKSA MENCARI REZEKI…
IBU TUNGGAL SEPERTI UMI…
PERUT ANAK-ANAK PERLU UMI UTAMAKAN…

HASIL BERUBAT…
CERITA YG SAMA…YG DIKHABARKAN…
IMAN ANUGERAH ALLAH…
JAGALAH DIA SEBAIK MUNGKIN…
DIA BAKAL MEMBAWA REZEKI DAN KEBAHAGIAAN…
DAN KATA TERAKHIR MENYENTUH HATI UMI…

DAN…
MALANGLAH ORANG YANG MENINGGALKAN DIA…
MEMBUANG DIA…
SERTA MENGABAIKAN DIA….

TERKEDU MAK DAN AYAH…
BAGAIMANA USTAZ ITU TAHU…
 WALLAHUALAM…

SESUNGGUHNYA UMI REDHA DAN PASRAH….

 
6 Comments

Posted by on October 12, 2011 in Luahan

 

TAK PE…ALLAH ADA…..

Buntu…sesak…sebak….

Nafas dihela terasa berat….
Sayu….geramm…benci….

Sakit itu datang lagi…
Datang dgn kejam…datang tanpa mengenal hati…

Namun dek kerana sakit itu selalu datang…

Biarlah ia pergi…

Tak pe…Allah ada…
Andai Allah izinkan pasti ada jalannya….

Lakukanlah sesuka hatimu…namun jangan kau nafikan hak anak ini…
Tidak di dunia…di akhirat nanti anak ini akan menuntut haknya…

” Iman bukan tanggungjawab abang…”

Takkan mamapu kulupakan ayat ini seumur hidupku…andai bapa kandung menyatakan sedemikian apalagi yg diharap pada Wan, Aki, Pak Ngah, Pak Lang, Pak Ndak, Mak Teh dan Pak Cu…

Tak pe…Allah ada….Allah jaga kitakan sayang….
Andai lelaki itu tak rela berkorban RM5K…umi sanggup korbankan segalanya untuk mu sayang….

Ingatlah…janji-janji Allah itu benar….

Kita akan terus berjuang…untuk gugurkan nama umi…

dari menjadi penjamin kereta ini….
Nissan Grand Livina 2011.01
Terima kasih kerana masih berkeras mahu menggunakan nama umi untuk 6 tahun lagi…
Menyekat peluang umi untuk membuat pinjaman…
Tak pe…Allah ada….
 
6 Comments

Posted by on October 9, 2011 in Luahan

 

HANYA UMI….YG MENGERTI ISI HATIMU….

Iman sayang…..

Maafkan umi…
Kerna umi tak selalu berada di sampingmu…
Maafkan umi andai umi terlalu sebok mencari rezeki…
Maafkan umi andai umi terlalu memikirkan bagaimana nak menyara hidup kita 
anak beranak…
Bagaimana untuk umi memberikan rawatan dan pendidikan yang terbaik buatmu…
dan  kehidupan yang terbaik buat kakak-kakakmu…..

Sungguh…
Hati umi pilu…
Luka umi dirobek kembali…
Umi benci kesakitan emosi ini…
Umi benci kerna terpaksa menangis lagi…

Namun yang pasti kini…
Umi dah ambil keputusan…
dah sampai masanya kita berhijrah…
Untuk kehidupan dan masa depan yg lebih baik…

Semua hanya kerna…
Hanya umi yg tahu isi hatimu…
hanya umi yg tahu kesedihanmu…
hanya umi yang mampu menyayangimu seadanya…
hanya umi yang menerima apa sahaja yg kau ada…
hadirmu tidak pernah jadi beban buat umi…
Umi redha anakku…
Umi redha….

Namun umi tak mampu..
Untuk meminta org lain menyayangimu…
sebagaimana umi….

Moga ada jalan untuk kita…
umi tahu ianya sukar dan drastik..
namun umi yakin…
Allah akan membantu umi…
Allah akan tunjukkan jalan terbaik buat umi…..

Ameennn….

 
6 Comments

Posted by on September 10, 2011 in Luahan

 

SYAWAL KALI INI….

Ya Allah…syukur padamu Ya Allah…
Sampai juga umi ke hari 25 Ramadhan…
Kali ini Ramadhan yg dilalui lebih tenang…
dan Alhamdulillah juga Kak Long sehingga hari ini masih berpuasa…
Sehari pun tidak tinggal…
Tiada rengekan…cuma agak cerewet dgn menu berbuka…
Syukur juga umi panjatkan…
Umi teruja menanti 1 Syawal…
Umi teruja nak peluk anak-anak umi di 1 lebaran…
Bersama mengalunkan zikir takbir…
Allahuakbar….
Dan yang paling mengembirakan…
Iman diraikan dgn meriah oleh PDK…
Kehadirannya di dalam warga PDK benar-benar dialu-alukan…
Hati umi puas…
Itulah yg umi harapkan…
Iman diterima selayaknya di sisi masyarakat..
Iman dan rakan-rakan senasib tidak disisihkan…
Sungguh…kegembiraan itu tidak tergambar dgn kata-kata…
Adakalanya air mata bergenang…
bukan kerana sedih…kerana sebak melihat Iman…
Kerana terharu terhadap penerimaan yg Iman terima…
Iman dan umi di JAKEL sewaktu majlis menerima baju raya….
bersama abang Faiz….
Cikgu Syasya yg banyak membantu…Cikgu Syasya inilah org kuat kemasukan Iman ke PDK
Iman bersama mereka yang senasib…Kak Aida dan Kak Alia…mereka juga CP…
Saat umi snap gambar ni…ada air mata yg gugur dari kelopak mata umi…
Subhanallah…Terima kasih Allah atas kurniaan yg kau beri ini…
Sungguh… derita umi telah berlalu…
Iman di tempat paling special…umi terharu dgn request Datin Sukarti..
Penaung PDK Segamat ingin mendukung Iman…
Siapalah kami yg kecil ini….
dan yang paling penting…
Syawal ini umi tidak sendiri lagi…
Ini gambar Syawal tahun lepas…
Syawal yg penuh dgn air mata…
Umi hanya berziarah sebuah rumah jiran sahaja…
Air mata berderai bila ditanya anak-anak mana…
Umi tak kuat…umi tak mampu menghadapinya…
Menyambut Syawal tanpa anak-anak di sisi…
Tahun ini…
Umi tak nak sedih-sedih lagi…
Umi nak raikan kedatangan Syawal dgn penuh kemeriahan….
Di sini juga umi nak titipkan…terima kasih buat rakan-rakan alam maya
yang sudi mengirimkan duit raya buat anak-anak umi…
Hanya Allah yg dapat membalas budi baik kalian…
Terakhirnya dari umi…
SELAMAT MENYAMBUT HARI RAYA AIDILFITRI
MOHON AMPUN ANDAI ADA SALAH DAN SILAP…
DAN TERIMA KASIH KERANA MENJADI SEBHAGIAN 
DARIPADA KERIKILKEHIDUPAN….
 
5 Comments

Posted by on August 25, 2011 in Luahan

 

DENGAN INI…….

“Dengan kuasa yang ada pada mahkamah…dengan ini dihukumkan bahawa hak jagaan
NURUL ANISA, NURUL AMIRA dan MUHAMMAD AIMAN 
jatuh ke tangan plaintif…dan pihak defendan dibenarkan mengambil dan melawat pada masa-masa yg bersesuaian dan perintah ini adalah berkuatkuasa hari ini….”
Terima kasih Ya Allah…
Terima kasih kerna memakbulkan doa umi…
dan perjuangan umi
selama hampir 2 tahun ternoktah di sini…..
Umi harap sangat umi tidak perlu lagi kembali ke sini…
dan umi harap sangat…
kebahagiaan akan menjadi milik kami berempat….
Salam Ramadhan dari kami…..
 
9 Comments

Posted by on August 19, 2011 in Luahan

 

RAMADHAN DATANG LAGI…..

Salam Siaran sahabat2 blogger sekelian….

Ramadhan datang lagi…
Alhamdulillah…umi bersyukur kerna masih berpeluang menyambut Bulan Ramadhan ini sekali lagi…
Walaupun ini kali ketiga umi menyambutnya dan melaluinya sendirian…hanya umi dan anak-anak…
Namun umi pasti ada keberkatan yang dijanjikan….

Walaupun keterujaan itu sedikit tergugat dgn dugaan yg datang…
Dengan keadaan ayah umi yg masih dirawat di Hospital Segamat…
Namun umi bersyukur…keadaan ayah sudah semakin stabil…
Bengkak kakinya sudah mula surut….
Namun jantungnya masih lemah…
Dan ayah perlu duduk di wad untuk pemantauan doktor….
Umi sangat-sangat berharap semoga sinar Ramadhan ini akan membawa kesembuhan buat ayah…

Dan dgn tibanya bulan Ramadhan ini…projek menjual dadih umi akan bermula lagi…
Saja seronok menambah rezeki…
Walaupun untungnya tidak seberapa…kepuasan bila dadih terjual tu sungguh terasa…

Kepada rakan-rakan blogger yg mengenali diri ini…
Yg sungguh rapat di hati ini…

Umi ingin ucapkan …

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK….
SESUNGGUHNYA BULAN INI ADALAH BULAN RAHMAT, BULAN REZEKI DAN BULAN YG PENUH BARAKAH…

Semoga Ramadhan kali ini lebih bererti buat umi dan anak-anak…
Biarlah kenangan pahit pada Ramadhan 2009…hanya tinggal dalam lipatan kenangan….

Semoga Ramadhan kali ini lebih bermakna buat kita…
Ameennn….
 
6 Comments

Posted by on July 29, 2011 in Luahan

 
 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.