RSS

Category Archives: Emosi

KEJAMMMM….

KEJAMMM….
Kereta Grand Livina Hitam kebanggaanmu…
Yang nama penjaminnya org yang kau aniaya….
yg dah tak de ikatan apa dgnmu…
Namun tanpa malu…
kau masih mahu menggunakan namaku…

Kau sungguh kejamm…
Kejam memperlakukan aku sedemikian…
Yer sedari dulu lagi kau kejam…
Tapi kini akau lebih kejammm…
Dua tahun aku bagi kau masa…
Dua tahun juga kau tabur janji2 kosong…
Alasan pertama…
Tiada yg sudi menjadi garento gantian…
Bila kau berkahwin…dah ada yg sudi…
Kau masih terus diam….
Masa terus berlalu…
Lagi sekali kau berjanji untuk menukar nama…
Bila ku suarakan untuk membuat pinjaman…
Demi membeli standing frame dan walking aid Iman…
Yang harganya ribu-riban…
Lagi sekali kau bermain janji…
Kau janjikan keretamu akan dijual…
dijual kepada isteri barumu sendiri…
Maybank KL mengesahkan hal tersebut…
Dan di saat akhir, tatkala pinjaman diluluskan sebanyak 55k..
Yang kau harapkan dapat full loan 60k…
( ada ke beli keter second dapat full loan??)
Sekali lagi kau batalkan pinjaman…
dengan alasan kau tiada duit utk membayar wang beza sebanyak 5k…
dan yang paling mengharukan…
duit tu kau minta pada aku..
Yang tak pakai kereta tersebut…
yang tak naik kereta tersebut…
dan yg tak dapat manfaat apa-pun dari kereta tersebut…
kecuali air mata dan nista…
dan saat itulah kau melafazkan…
” IMAN BUKAN TANGGUNGJAWAB SAYA…”
Bergegar jantungku…bercucuran air mataku…
Dan semenjak itu aku tak mengharapkan apa-apa dari kau 
untuk memulihkan Iman…
Biarlah kubesarkan dia dengan tanganku…
walaupun kau mengaku memberinya 200 sebulan…
Yg hanya cukup untuk lampin pakai buang dan susu sustagennya sahaja…
Setahun berlalu…janji tinggal janji…
Kini sekali lagi aku mohon untuk kau gugurkan namaku…
Untuk aku membuat pinjaman..
Demi sebuah NYAWA…
yer nyawa ayahku…
Yang menghidap RENAL FAILURE END STAGE…
( BUAH PINGGANG KRONIK STAGE AKHIR )
Bayangkan jika lelaki yang terlantar ini abahmu…
adakah kau akan membiarkan dia “pergi”
tanpa berbuat apa-apa….

Tanpa hati…
sekali lagi kau bertindak kejam…
Kau kata…kau hanya akan tunggu..
Namaku sebagai penjamin kereta kau tidak memberi masalah…
Yg salah pihak bank…
atau aku yg tak layak mohon pinjaman…
Adakah kau mahu tunggu ayahku pergi dulu…???
atau balasan tuhan turun pada kau…
sebab tak habis2 menganaiaya aku…
Sungguh kau memang tak mengenang budi…..
aku tak minta banyak…
Cuma PULANGKAN HAK AKU…!!!!
GUGURKAN NAMAKU SEBAGAI PENJAMIN KERETAMU…
ITU SAHAJA….
Kau bersama orang kuatmu…adikmu yang sentiasa di belakangmu…
dan adik iparmu yang menyokongmu tanpa jemu…
dan pasti mereka berdua ini akan mengamuk…
bila sahaja entry ini dipublishkan…
Yer aku sengaja mencoret di sini…
kerna aku tahu kau akan membaca coretanku ini…
Walaupun beribu kali kau memberi amaran…

Aku tahu kau sedang bergembira…
sedang berbahagia…
Menunggu kelahiran cahaya mata pertamamu…
Bersama dia…
tapi kau jangan lupa…
kau sedang membina bahagia di atas…
penderitaan dan air mata orang lain…..

Kalau kawan2 pembaca jumpa si Dia ni kat ampang…
tolong bagitahu dia…
pulangkan hak saya….
itu sahaja….


 
13 Comments

Posted by on February 18, 2012 in Emosi

 

MEREKA MENANGIS BERSAMA……MAAFKAN UMI….

Maaf en3 emo lagi….
Bersama air mata yg masih bersisa…umi mencari kekuatan mencoret di sini…hati pilu…jiwa sebak…derita rasa ini tak tertanggung…hanya air mata yg mampu menterjermahkan segala-galanya…Hanya pada Allah umi memohon kekuatan…memohon diberi ketabahan…
Semalam…hati umi berbunga riang…anak2 yg dirindui akan pulang ke pangkuan…malam pun tak lena tidur…tak sabar menanti siang..cuti sekolah ini menggugat kegembiraan umi…hari-hari yg dilalui hambar, hanya sarat dgn rindu yg menggunung….
Tepat pukul 3 petang, umi dan Iman terpacak di Dataran Segamat…menunggu anak-anak umi dihantar ke situ…320 petang…barulah kelibat mereka sampai…
Umi peluk Mira…umi cium pipinya bertalu-talu…begitu juga kak long…terlerai sudah rindu ini…
Umi biarkan exhubby bermain dgn Iman seketika…biarlah Iman juga melepaskan rindu pada lelaki yg jarang ditemuinya…pada abi yang tak punya waktu bersamanya….
15 minit berlalu…tibalah masa anak2 berpisah dgn abi mereka…Iman seolah-olah tahu masanya telah tiba…tidak mahu diletakkan di car seat…dia meraung sekuat hatinya…umi hanya memerhati…menahan perasaan…anak itu juga punya rasa…anak itu juga punya jiwa…dia seolah-olah tidak mahu melepaskan abinya pergi…semakin diletak semakin kuat tangisannya….umi tahu hati Iman mengatakan itulah ayahnya…ayah yang dirindui sekian lama…pertemuan terakhir mereka pada bulan 12 tempohari….
Akhirnya…abinya mengalah…Iman diletakkan secara paksa di car seat…meronta-rontalah dia tidak mahu…umi hanya menjeruk rasa…walau ada air mata yg seakan mahu menitis….kesian anak umi…kesian Iman….
Tak semena-mena Kak Long juga turut menangis, teresak-esak…diikuti tangisan Mira…sedih untuk berpisah dgn abi mereka setelah sepuluh hari bersama….Bayangkan perasaan umi ketika itu, ketiga-tiga anak menangis serentak…mereka tak sanggup berpisah dgn abi mereka….Umi kuatkan hati…umi dah tak mampu melihat exhubby umi yg mundar-mandir di kaki lima…umi tak mampu menebak apa yg ada di dasar hatinya…kerna kolam mata umi seakan mahu pecah…ada rasa panas yang menyerbu di muka….umi reverse kereta dgn raungan dan tangisan  mereka bertiga yg semakin kuat….dan umi juga turut menangis bersama….
Rasa bersalah yang menyerbu ruang dada benar-benar meruntun hati umi…rasa kejam yg bertamu kerna umilah yang memisahkan kasih antara ayah dan anak-anaknya….kerna umilah yg meminta cerai…yg mampu umi bisikkan…maafkan umi anak-anakku…maafkan umi…umi tak kuat dgn dugaan sewaktu bergelar isteri abi…umi tak layak untuk terus berada di samping abi…umi tak mahu terus menjadi isteri derhaka kerana umi selalu tidak sefahaman dgn abi….maafkan umi…kalian yg menjadi mangsanya…puas sudah umi cuba menyelamatkan rumahtangga kami…demi kalian…namun umi tak berdaya…umi rebah…umi tersungkur….
Terpandang kedai menjual sate…umi berhenti…umi kesat sisa-sia air mata…umi pujuk Mira…umi tahu Mira suka makan sate…
” Umi belikan Mira sate nak….???”…
Mujurlah tika itu, mereka dah berhenti menangis…legaa….
Umi ingatkan drama itu hanya berakhir di situ…rupanya tidak…
Mira menangis sewaktu disuruh mandi…bila umi tanya kenapa…Mira cakap…Mira nak mandi dgn “ibu”
Mungkin ibu tirinya yg memandikannya setiap hari…
Pilunya hati umi…
“Mira… ibu tak der…kat sini hanya ada umi…”
Kak Long juga menunjukkan sikap pelik, sikap tidak gembira…tidak banyak bercakap…banyak termenung…disuruh makan tak mahu…mukanya moyok…masam mencuka….bila ditanya…dia mula menangis…dia cakap Kak Long nak cakap dgn abi…kak Long rindu abi….
Umi cuba seboleh mungkin mengawal rasa…cuba memahami perasaan mereka… yerlah mereka bersama abi mereka dalam tempoh yg lama…mereka seronok bercuti bersama…meluangkan masa bersama…tapi takkanlah kerana cuti sepuluh hari itu menghilangkan kasih anak-anak ini terhadap umi….
Umi merasa seolah-olah diri umi diketepikan…anak-anak umi merasa gembira bersama abi dan ibu baru mereka…keluarga yg lengkap…tapi umi….Ya Allah umi cuba bendung kesedihan yg menggunung ini…umi membawa Iman mengunci diri di dalam bilik…umi menangis semahu-mahunya…dalam samar lampu…perkahan-lahan Iman mengelap pipi umi yg basah…
Sungguh…umi berkecil hati….
Air mata kalian…membuatkan hati umi pecah…hati umi pilu…..
 
15 Comments

Posted by on June 9, 2011 in Emosi

 

DUHAI HATI….BERTABAHLAH…..

Maaf jika ada yang kurang senang dgn entry sedih ini lagi…
Maaf jika ada yang sudah bosan membaca luahan kepiluan hati seorang ibu ini….
Tapi inilah medan terapi saya…Inilah medan saya meluahkan segala kepiluan….
Terima kasih kepada yang sudi memahami dan memberikan kata-kata sokongan…
dan maaf kepada yang sudah jemu dan tidak berapa suka dgn coretan ini….
Sungguh saya rindukan mereka….
Saya kuatkan hati agar tidak terbawa-bawa dgn kesedihan dan kerinduan ini….
Namun petang tadi saya ke pasar malam di rumah mak bersama anak saudara…
Terpandang makanan kesukaan anak-anak…
Kak Long sukakan Tepung Pelita…dan Pop Corn…
Mira pula sukakan kek coklat dan gula-gula kapas…
Tanpa sedar saya membeli makanan tersebut…
saya membeli untuk anak-anak saya…
terbayang betapa gembiranya mereka berdua dapat apa yg mereka suka…
Tiba-tiba saya ditegur anak saudara…
” Acik beli untuk siapa…?? Anis dgn Mira kan tak der….”

Ya Allah…aku ni kenapa yer…kenapa aku lupa yg anak-anak bersama abi mereka…

Sungguh aku benar-benar lupa….
Tak semena-mena air mata bergenang..
kucuba tahan seboleh mungkin agar tidak menitis…

Duhai hati….bertabahlah…..

umi dan Iman rindukan kalian……

 
4 Comments

Posted by on June 5, 2011 in Emosi

 

Speechless….Lara di hati umi…..

NAKKU NANGISSS…TIADAA…BERAIR MATAAA….
MISS YOU TWO SO MUCHHHH….:((
SUNGGUH…UMI TAK BETAH HIDUP TANPA KALIAN DI SISI UMI….
UMI LEPASKAN KALIAN DENGAN HUJAN LEBAT DI HATI…
HARAPAN UMI HANYA SATU….
KALIAN TAK KURANG KASIH SAYANG ABIMU…..
 
1 Comment

Posted by on May 28, 2011 in Emosi

 

Lagi Satu Hari….

Umi akan merindui anak-anak umi…..
Esok petang….
Anak-anak umi akan pergi lagi untuk kesekian kalinya dari sisi umi…
Bercuti bersama abimu pula…
Umi relakan perpisahan ini…
Umi relakan pemergian anak-anak umi yg tersayang….
Kerna umi tau..
Permata-permata hati umi juga perlukan kasih sayang abimu….
Umi rela bersendirian…
Walaupun ada ketikanya umi seakan-akan mendengar gelak tawa anak-anak umi….
Umi seakan terdengar pergaduhan kecil kak long dan kak ngah…
Dan umi seakan-akan terlihat kelibat anak-anak umi di mana-mana….
Dan pabila umi tersedar…
Sungguh…
Dunia umi sepi tanpa kalian….
Moga mampu kulawan kesedihanku…..
 
7 Comments

Posted by on December 11, 2010 in Emosi

 

Biarkan Luncai Terjun Bersama Labu-labunya….

Umi tak pernah menyesal melahirkanmu….
Biarkan apa orang berkata…umi tidak peduli…
Impian umi hanya satu…Membesarkan kalian menjadi insan berguna…
Menyelusuri blog teman-teman, blog jiey dan blog bicara ibu aisya…membuatkan umi terpanggil untuk mencoret entry ini….
Derita rasa itu sama…rasa pedihnya itu sama..Walaupun dugaan yg dilalui itu berlainan coraknya…tetapi sakitnya, pedihnya dan lukanya tetap sama…dalam dan menikam….
Dulu umi juga seperti itu…memendam rasa…benci berjumpa saudara mara…
Ungkapan kasihan….kenan…badi…tak pandai jaga baby masa mengandung….semuanya umi telan sendirian….
Umi malas melayan mulut2 seperti itu…biarlah mereka berkata-kata…Telinga umi dan tebal…hati umi dah keras…
Kini..setelah bergelar ibu tunggal…lagi hebat kata-kata yg diterima…
” Kesian..dahlah anak cacat…janda pulak tu….”
” Iman tu bapak dia tak nak…sebab tulah maknya diceraikan…”
Berdesing telinga umi…tidak terfikirkah mereka betapa remuknya hati yg mendengar…
Melihat tak sama dengan merasai…dengan yg melalui…
Dan kerana itulah umi keberatan bila mak mengajak umi mengahdiri kenduri kendara…bukan sikit yg memerhati…bukan sedikit yg menghampiri dgn soalan pelik….
Tapi itulah manusia kan…rasa ingin tahu yg tinggi….
Bagi umi…biarlah mereka enak berkata-kata…Umi tak perlukan kata-kata itu untuk terus menongkah arus kehidupan…Umi tak perlukan kata-kata itu untuk umi menyuap makanan ke mulut anak-anak umi…
Yang umi perlukan adalah kekuatan…semangat juang…dan yg paling penting redha Allah untuk umi terus mencari keberkatan untuk membesarkan anak-anak umi….
Biarlah mereka…Biarlah si luncai terjun bersama labu-labunya…..
 
7 Comments

Posted by on November 7, 2010 in Emosi

 

Gugur Jua Akhirnya…..

Salam semua…..

Sudah lama air mata ini tidak membasahi pipi….
Sungguh…air mata ini sudah lama kering…

Namun hari ini…Ianya mengalir tanpa henti…
Bergenang tanpa dipinta….

Sayunya hati…pedihnya derita rasa ini….
Masalah yg satu ini…sudah lama umi jangka…
Umi takut benar ianya berlaku…
Dan jangkaan umi itu benar….

Deringan telefon membuat umi gelisah…
Membuat umi tak keruan…
Sungguh kalau umi tahu ini akibatnya…
Umi takkan bersetuju…
Menjadi seorang penjamin semata-mata kerana sayangkan seorang suami…

dan hari ini…
Lelaki itu mentertawakan umi…
Kata-katanya benar-benar menghiris hati…
“Sendiri cari susah…tanggunglah sendiri….”

Begitu mdah kau lupakan sedikit budi…begitu mudah kau bersikap lepas tangan….

Sungguh…umi tak kan berdiam diri…
Umi tidak sanggup bergelar muflis atas kesalahan orang lain….

Buat rakan-rakan lain…
Berhati-hatilah untuk bergelar seorang penjamin kenderaan…

Buntu memikirkan penyelesaian masalah ini….


 3 bulan pembeli tak bayar..dan betul-betul menyusahkan hati umi….

 
20 Comments

Posted by on October 29, 2010 in Emosi

 
 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.