RSS

Monthly Archives: September 2010

Kalimah itu….

” Ommm…miii…”
Kau mendongak..memadang umi yg sedang meribamu…
Kau senyum…
Manis sekali…
Umi terkesima…
Mengamati….benarkah kalimah yg umi dengar…
Dan…kau…seolah mengerti…
Sekali lagi…
“Ommm…miii…”
Dengan susah payah..kau menyebut….
Umi angkat…
Umi tatap wajahmu lama-lama…
Umi cium wajah itu bertalu-talu…
Sambil bergenangan air mata…
Dah lama umi tunggu kalimah keramat itu…
Dan terima kasih Allah…
Hari ni…
Kau makbulkan doa umi…
Dalam rembes hujan…
Umi menangis kegembiraan…….
 
10 Comments

Posted by on September 28, 2010 in Iman

 

Sekeping Kad OKU

Salam semua…
Pagi td umi dapat call dari JKM..Kad OKU anak puan dah siap dan dah boleh ambil…
Balik sekolah umi sggh ke JKM yg jaraknya tak sampai 1 km pun dari sekolah umi….
Setelah berjumpa en. Jamak…Kad OKU iman berada di tgn umi….
Umi tenung kad tu lama-lama..
Ada rasa sayu yang menusuk tangkai hati umi….
Ada rasa sedih yg bersarang…
Bahagiakah aku mengiktiraf iman sbgi warga OKU…..???
Perasaan itu hanya Allah yg tau…
Dan tanpa sedar air mata menitis laju….
Maafkan umi Iman…
Umi akan berusaha memulihkanmu…
Kaulah penguat semangat umi untuk terus melangkah…
Menongkah arus kehidupan yg penuh getir ini….

 
3 Comments

Posted by on September 24, 2010 in Uncategorized

 

Mereka Tanpa Saya….

Gambar 1 syawal yg lalu….
Inilah wajah permata-permata hati umi di 1 Syawal yg lalu…bersama abi mereka di rumah bekas ibu mertua umi….
Perasaan umi hanya Allah yg tau…Tatkala takbir bergema di malam raya…diselangi dentuman bunyi mercun…Meriah sungguh…Tapi umi…mengunci diri di dalam bilik…Umi tak mahu parent umi dan adik-adik umi melihat kesedihan umi….Umi menyebokkan diri mengemas baju…Padahal hati umi asyik terkenangkan kalian…terutama Iman….
Dan..malam itu umi tak lena tidur…sampailah menerima sms jam 4 pg…” Iman asyik menangis…tak tau kenapa…saya rasa dia rindukan awak…”
Kenapa dgnmu Iman sayang…??? Knp asyik menangis dan tidak seceria selalu…Iman behave yer…jgn susahkan abi mcm ni…abi tak biasa….Itulah doa umi….dan akhirnya umi terlena bersama air mata…
Maafkan umi anak-anakku…Tiada seorang ibu pun yg mahu kehdpn anak-anaknya tidak bahagia…Maafkan umi kerana kalian menyambut Syawal tanpa umi di sisi…Perpisahan ini sudah tertulis…
Pagi syawal…hati umi masih sebal..masih risaukan iman…Baju raya juga belum bergosok…Tidak bermaya..Apatah lagi melihat 2 pasang baju kurung dan sepasang baju melayu berwarna purple yg tergntung kemas di ruang bilik…Sekali lagi air mata umi tumpah…Ya Allah sesungguhnya aku tidak kuat menghadapi ujianMu ini…Aku tidak mampu membendung kesedihanku…Syawal ini terasa kosong buatku….
Jam 2 petang..umi demam….sakit kepala dan selsema datang menjengah…Akhirnya umi terperap di dalam bilik…Umi tidak turut serta adik-beradik yg pergi beraya…
Umi tidak kuat bila orang bertanya..Mana anak-anak?…Hanya air mata yg mampu menjawabnya….
Sesungguhnya umi takut untuk melaluinya lagi 2 tahun akan datang..umi tak sanggup….Tapi umi tahu umi kena kuat….demi kebahagiaan anak-anak umi….
Hati sabarlah…..
 
6 Comments

Posted by on September 19, 2010 in Luahan

 

Segalanya Untukmu….

Salam lebaran…

Entry ini khas buat iman tersayang….
Sesungguhnya…hingga ke hari ini…

Umi tidak pernah menyesal memilikimu…
Bagi Umi..Kau anugerah yg tak ternilai pernah umi perolehi…
Kehadiranmu…
Mengajar umi erti ketabahan…
Erti kesabaran…
Erti keredhaan…
Erti kepasrahan….
Dan umi…akan terus berjuang untuk memulihkanmu…

Selagi hayat umi dikandung badan…

di tanam di pasir pantai tioman..
Mata yg masih dalam rawatan…
Tulang punggung yg masih ketat..
otot tulang belakang yg masih lemah…
Kaulah penyembuh rawan di hati umi….
 
4 Comments

Posted by on September 17, 2010 in Iman

 

Umi akan terus berjuang

Salam lebaran….

Dalam mencari keberkatan Syawal….
Dalam mencari titik noktah sebuah kebahagiaan…
Hati umi diuji lagi…

Nampaknya umi perlu sediakan ketabahan yg lebih kuat…
Permintaan yg umi tak mampu tunaikan…
Mana mungkin umi bersetuju…
Untuk berpisah dgn anak tersayang…
Tidak…tidak semudah itu…umi akan memberikan perstujuan…

Setahun yang lalu…
Umi terkapai-kapai membina kehidupan…
Umi merangkak dalam kekecewaan…
Dan Alhamdulillah umi sudah mampu berdiri…
Kaki umi sudah kuat untuk mengatur langkah…

Namun…episod duka itu datang lagi..
Menuntut kekuatan..
Menuntut pengorbanan..

Bagi umi…
Biarlah susah…
Umi dah melalui yg lebih susah sebelum ini…
 Ya Allah…
Berilah aku kekuatan…
Ujian demi ujian ini…
Membuatkan aku semakin sedar kasih sayangMu..

Tabahkan hatiku…
Dan redhakanlah untuk melaluinya sekali lagi…
Aminnnn….

 
7 Comments

Posted by on September 14, 2010 in Luahan

 

Hapuslah Air Mata….

Pesan seorang sahabat….

” Berdoalah supaya hati kita dilembutkan…berdoalah juga dipermudahkan segala urusan…dan keadaan menjadi lebih baik…Hidup ini hanya pentas ujian…Bersabarlah menghadapi segala ujian dan dugaan yg mendatang…kerna Allah tidak akan berhenti menguji hati hamba-hamba yg disayangiNya…yg penting kehidupan kita di akhirat sana….”

Mengingatkan ini semua hanya dugaan kecil…terubat sedikit rasa hati yg rawan….

Beberapa jam lagi….aku bakal berpisah dengan anak-anakku…permata hatiku….2 hari lagi menjelang Syawal, tiada lagi kelibat mereka di hadapan mataku…Tiada lagi hilaian tawa iman yg mendamai jiwa…Tiada lagi rengekan halusnya yg minta diangkat….Dan tiada lagi juga episod drama antara kak long dan kak ngah yg suka berperang….

Dan…aku harus kentalkan jiwa, kuatkan hati…kerna inilah takdir yg tertulis buatku…Inilah suratan hidup yg tertulis ketika talak dijatuhkan buatku lewat 6 bulan yg lalu….Perpisahan ini bukan hanya sekali…malahan ianya akan berlaku berkali-kali lagi selepas ini….

Kulapangkan dada…kukorbankan derita rasa ini…Aku cuba mengerti rasa kasihnya seorang bapa..dan aku tidak mahu anak-anakku kekurangan kasih itu…tiadak kiralah walaubagaimanapun keadaannya…walau sedikit manapun curahan kasihnya…Dia tetap “abi” kepada anak-anakku..Mana mungkin kuputuskan talian darah ini…darahnya tetap mengalir dalam tubuh anak-anakku…Namanya tidak pernah lekang dari bibir anak-anak ini…Mereka faham apa yg berlaku…dan mereka akur itulah takdir yg terpaksa mereka terima…Kenyataan pahit yg terpaksa mereka telan sedari awal usia….

Selamat Hari Lebaran anak-anakku…
Sinar matamu pendamai hati umi…

Dan…dalam hening subuh ini…..Aku bermohon padaMU tuhanku…Kau hapuslah air mata ini…Kau berilah aku kekuatan….Kau lapangkanlah dadaku ini…Kau lembutkanlah hati ini…dan kudoakan anak-anakku sentiasa dalam lindungan rahmatMu…Peliharalah mereka…dan ku benar-benar berharap mereka tidak disisihkan dan layak mendapat layanan yg serupa dgn sepupu-sepupu mereka…walaupun anak-anakku tidak lengkap harinya…tanpa ibu mereka di hari lebaran….

Dan soalan Mira lewat petang semalam menyentuh kalbuku….

” Nanti kalau abi datang ambik…umi ikut sekali tau…kita sama-sama raya rumah wan…”

Kuelus rambutnya perlahan….Suatu hari nanti Mira akan faham…..

 
5 Comments

Posted by on September 7, 2010 in Luahan

 

Iman In The Action….

hobi baru iman…tolong umi “kemas” kain….

khusyuk main…..
sepahkan bilik…
iman dan laptop…sebok nak pegang skrin….
 
6 Comments

Posted by on September 1, 2010 in Iman

 
 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.