RSS

Monthly Archives: October 2010

Gugur Jua Akhirnya…..

Salam semua…..

Sudah lama air mata ini tidak membasahi pipi….
Sungguh…air mata ini sudah lama kering…

Namun hari ini…Ianya mengalir tanpa henti…
Bergenang tanpa dipinta….

Sayunya hati…pedihnya derita rasa ini….
Masalah yg satu ini…sudah lama umi jangka…
Umi takut benar ianya berlaku…
Dan jangkaan umi itu benar….

Deringan telefon membuat umi gelisah…
Membuat umi tak keruan…
Sungguh kalau umi tahu ini akibatnya…
Umi takkan bersetuju…
Menjadi seorang penjamin semata-mata kerana sayangkan seorang suami…

dan hari ini…
Lelaki itu mentertawakan umi…
Kata-katanya benar-benar menghiris hati…
“Sendiri cari susah…tanggunglah sendiri….”

Begitu mdah kau lupakan sedikit budi…begitu mudah kau bersikap lepas tangan….

Sungguh…umi tak kan berdiam diri…
Umi tidak sanggup bergelar muflis atas kesalahan orang lain….

Buat rakan-rakan lain…
Berhati-hatilah untuk bergelar seorang penjamin kenderaan…

Buntu memikirkan penyelesaian masalah ini….


 3 bulan pembeli tak bayar..dan betul-betul menyusahkan hati umi….

 
20 Comments

Posted by on October 29, 2010 in Emosi

 

HAMBURAN RASA

menangislah..andai itu melegakan hatimu ( Gambar hiasan )
Yer….menangis itu merupakan satu terapi yg melegakan….dan tangisan itu kadang-kadang tidak disengajakan…Teringat umi setahun yg lalu…umi juga pernah menangis tanpa henti…air mata mengalir tanpa disedari…kekecewaan yg dilalui bulan sedikit…3 bulan lamanya umi tidak boleh mendgr radio..memdengar lagu-lagu cinta berkumandang membuatkan tangisan umi kian lebat…oh..cukuplah derita rasa itu….
Sambungan en3 lalu…
Sungguh..umi sedikit terpana dgn tangisan yg tiba-tiba itu…walaupun umi faham benar gelora rasa di hati wanita itu…Dia menyapa umi yg sdg leka melayan Iman sambil menunggu doktor turun dari wad…Tidak semena-mena dia meluahkan rasa hatinya..meluahkan kerisauannya..dia tidak berapa arif dgn istilah CP…Dia bimbang dgn kemungkinan yg dikhabarkan doktor mengenai anak perempuannya yg baru berumur 8 bulan..badannya mengejang sblh badan…dan umi renung anak itu yg sdg lena di pangkuannya…comel…dan anak itu dan Iman sekapal…
Dan soalan yg turut membuat air mata umi bergenang…
” Macam mana akak blh senyum ek…menjaga anak sebegini tidak mudah kan…???” soalnya dalam loghat melayu india…
Senyum….senyum itu sedekah…senyum itu penawar hati…InsyaAllah walaupun hati menangis, jika kita tersenyum…senyuman itu bisa meriangkan hati yg mendung…Tiada gunanya kita menangis berterusan…ketentuan itu takkan berubah….
Umi titipkan semangat padanya…Ingatlah, jgn hanya berserah….Sabar, sabar dan sabar yg banyak amat perlu untk mendidik nak-anak ini…Umi ceritakan kepadanya, ada juga anak CP yg cemerlang di universiti…itu semua tidak mustahil…yg penting kita usaha…kita terus berjuang untuk memulihkan anak ini…Jgn biarkan mereka…Didiklah mereka sbgaimana anak-anak normal…kerna mreka juga punya jiwa…Anggaplah mereka ini anugerah yg ternilai buat kita….
Perbualan terputus bila namaya dipanggil…
Keluar dari bilik doktor, ada riak suram di wajak ibu itu…matanya merah…umi faham…umi pernah melaluinya..rasa panas yg menyerbu ruang muka…tidak semena-mena ibu itu sggh di kerusi umi…
” Thanks kak…” ucapnya perlahan…
Tidak semena-mena satu ciuman sggh di pipi iman..dan ibu itu berlalu pergi dgn air mata…
Dan yg umi sesalkan… umi lupa bertanya nama dan no phone wanita itu…*sigh*
 
6 Comments

Posted by on October 24, 2010 in Luahan

 

Lelah Seminggu….

Salam semua…
 Dah lama tak update blog..busy sungguh…Sekolah musim hujung tahun ni banyak pulak programnya…

Bermula dgn perkhemahan uniform dari hari jumaat sampaila ahad….Hari isnin, bergegas ke sekolah untuk punch…iman ada oppoimen buat pertama kalinya dgn pakar kanak-kanak Hospital Segamat…Pertukaran dari Hospital Pakar Tun Fatimah, Muar diluluskan, Alhamdulillah…Kul 8, umi dah terpacak kat Hospital, tapi tak dapat no1, dpt no 3…lapor diri kat Pakar 1, nurse cakap..kul 10 dr baru turun dari wad…alamak cakap kat GB sekejap jer..cuti dah habis….

Mujurlah ada sudut bermain untuk kanak-kanak..so layanlah iman kat situ..bukan main seronok lagi dia naik kuda…langsung tak nak turun….dan di situlah satu babak air mata berlaku…

Kul 10 barulah iman dapat jumpa doktor, Dr Intan namanya…Nampak macam berpengalaman dan lebih mudah untuk berkomunikasi..sebab kat Muar biasanya dr cina, yg bahasa melayunya tdk brp fasih…Setelah meneliti sejarah perubatan Iman…Doktor Intan bersuara….

” Sebenarnya puan..tak byk yg saya blh bantu..investigate pnyakit iman sudah hampir complete…tapi ada satu lagi test yg kita blh buat…dan Serdang tak smpat buat sblm ini…kita cuba refer Iman ke pakar neurologi di HKL…kedua-dua tgn iman masih ketat..saya takut dia ada masalah otot…dan darahya sdkit pucat…..bahasa sainsnya kita buat muscle biopsi buat iman…tisu otot lengannya akan diambil sdkit untuk dikaji..”

Termangu umi seketika…lengan iman nak ditoreh…oh..sanggupkah umi…rasa macam nak cakap tak nak jer…Rasa macam cukuplah dgn segala kesakitan yg dia hadapi….Tapi lidah umi kelu….

Dan dr menyambung…berat badan iman terlalu ringan…dia perlu jumpa dgn pakar pemakanan…mmm…bab yg satu ni malas skt….

Kul 11 lbh, stlh proses mengmbil ubat dan mengambil darah Iman selesai…umi bergegas pulang ke sekolah…

Sebab petangnya umi terpaksa mghadiri mesyuarat di PPD…dan malamya umi terpaksa berjaga untuk menyiapkan soalan bahasa Arab untuk exam akhir tahun….kerna tarikh akhir hantar pada esok hari….

Peristiwa bersama seorang ibu berbangsa india yg menangis di hadapan umi…dan pertemuan dgn pakar pemakanan…next entry yer…

Wassallam…….

 
7 Comments

Posted by on October 21, 2010 in Iman

 

Maafkan umi….

seboleh mungkin…umi mahu bahagiakan kalian…
” Umi…nak makan ayam KFC….” ucap kak long kepadaku…
Umi menoleh…alahai sian anak umi…
” Umi…miya nak makan pizza…” ucap mira pula….
sekali lagi umi menoleh…
Melepaskan satu keluhan berat…
Sungguh umi tidak mampu…tanggungan umi melebihi pendapatan….
Umi perlu berjimat cermat terutama di waktu pertengahan bulan macam ni…
Umi perlu sediakan wang emergency untuk iman…
” Sabar ek sayang…nanti gaji umi beli…”….;((
Maafkan umi anak-anakku…..umi sedar kalian terasa tempiasnya perpisahan ini…
Makanan kegemaran itu selalu abimu yg belikan…Jadi kalian dan terbiasa…
Dapat apabila kalian meminta….
” umi…kita dah miskin ek???…” soalan kak long kepadaku…
Terdiam seketika…sungguh umi tak mampu berikan kemewahan yg pernah kalian kecapi dulu….
Dalam hati ada hujan….

 
15 Comments

Posted by on October 14, 2010 in Luahan

 

Demi kalian…umi kena kuat…

Ya Allah…izinkanlah mereka terus bersamaku…..
Salam semua…
Sewaktu meeting kurikulum petang tadi…umi menerima satu sms….dan umi dah agak sms itu akan sampai…
Sungguh air mata umi telah kering…yg ada kini hanya satu jiwa yg tegar untuk meneruskan perjuangan…
Umi dah puas mengalah dan berkorban…
Tapi kali ini…demi kalian…umi berjanji akan berjuang selagi daya….
Walau betapa perit dugaan yg datang…
Umi tahu semua ini perancangan Allah…
Mesti ada sebab Allah memilih umi untk melalui episod kesedihan ini sekali lagi….
Mesti ada hikmah yg tersembunyi….
Buat kalian…
Doakan umi terus kuat dan tabah…
Doakan umi terus sihat untuk berjuang mempertahankan anak-anak umi…
Dan terima kasih atas doa kalian…
Hanya Allah jua yg dapat membalasnya…..
 
5 Comments

Posted by on October 12, 2010 in Anak-anakku

 

Muhammad Aiman ( Iman )….The Special Gift

3.11.2007, jam 845pm..tanggal kelahiranmu…muka lebam..akibat diberi oksigen..
Meniti usia 4 bulan..umi curiga kau masih belum mampu meniarap…
Ujian EEG dan MRI dilakukan setelah kau diserang sawan yg teruk…
Selalu admitted wad akibat sawan dan bronchitis
Memulakan sesi terapi seawal usia 5 bulan…
Cuba berdiri di atas kakimu sendiri…
Alhamdulillah…stlh hampir 3 tahun..kau mampu duduk sendiri…
Asma dan sawanmu semakin terkawal..kau leka meneroka duniamu…
Sesungguhnya….kaulah anugerah yg terlalu istimewa buat umi…
Dan kau juga kesayangan mereka…kak long dan kak ngah…

 
4 Comments

Posted by on October 9, 2010 in Iman

 

Separuh Jiwaku Pergi….

Sejak akhir-akhir ni…Mira suka betul nyanyi lagu ni…Siap dengan action lagi…
dan sesungguhnya lagu ini…benar-benar menyentuh hati umi….
Saat bahagia kami…kini hanya tinggal kenangan….
SEPARUH JIWAKU PERGI – ANANG
Separuh jiwaku pergi…
Memang indah semua…
Tapi berakhir luka…
Kau main hati…
Dengan sadarmu…
Kau tinggal aku….
Pernahku mencintaimu…
Tapi tak begini…
Kau khianati hati ini…
Kau curangi aku…
Benarku mencintaimu…
Tapi tak begini…
Kau khianati hati ini…
Kau curangi aku…
Kau bilang tak pernah bahagia…
Selama dengan aku…
Itu ucap bibirmu…
Kau dustakan semua..
Yang kita bina..
Kau hancurkan semua…
c/o ulang chorus
Kau dustai hati…
Benar ku mencintaimu…
 
Leave a comment

Posted by on October 8, 2010 in Luahan

 

Andai Ini TakdirMu….

Luluhnya hati tatkala gambar ini diambil…
Rapuhnya jiwa untuk menahan air mata…
Akhirnya tumpah jua membasahi pipi…
Suatu ketika dulu…
Aku pernah menganyam impian…
Ingin membina keluarga bahagia di sini…
Ingin membesarkan anakku-anakku di sini….
Hati berbunga riang…
kerna impian untuk mmiliki rumah impian tercapai jua….
Namun….
Semua ini takdirMu…
Kebahagiaan itu direnggut…
Perpisahan terjadi…
dan terlalu menusuk hati….
Aku terpaksa membawa diri…
pulang ke kampung halaman…
Kini…
Rumah impian ini terpaksa kulepaskan…
Aku tidak mampu menampung bebanan hutang sendirian…
Impianku hancur berkecai….
Semuanya sudah menjadi milik orang…
Hati sabarlah….: (
 
4 Comments

Posted by on October 6, 2010 in Luahan

 
 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.