RSS

SUDAH EMPAT TAHUN….

03 Nov
Iman Sayang…

Tepat pukul 830 malam tadi…
Entah mengapa hati umi tiba-tiba syahdu…
Kerna saat itulah 4 tahun lalu di tarikh hari ini…
Umi berjuang melahirkanmu…

Kesakitan yg dua kali ganda sakitnya dari dua kelahiran 
kakak-kakakmu yg terdahulu….
Kelahiran yang mendebarkan…
kerna umi dikhabarkan…
kau akan pergi sebaik sahaja dilahirkan…

Jantungmu sangat lemah…
Setelah tiga hari melalui ujian CTG…
Hari ketiga beep jantungmu agak Ok
dan umi diinduce…
Dua kali ubat dimasukkan ke pintu serviks umi…
Kau akan dilahirkan secara paksa…
Kerna keadaanmu sangat lemah dan ditambah cecair liquor
 yg semakin mengering…
Seharian umi menanggung sakit kontraktions….
dan alhamdulillah kau berjaya dilahirkan secara normal…
walaupun pada awalnya doktor menyarankan 
kau dilahirkan secara operation

Dan…
Kuasa Allah mengatasi segala-galanya….
Andaian doktor yg mengatakan jantungmu bakal tidak berfungsi…meleset…
Cuma kau tidak menangis…
dan bantuan oksigen terpaksa diberikan…
Sudahnya wajahmu lebam sebulan lamanya…
Dan andaian doktor kau bayi berkepala kecil juga meleset…
Kerna dgn ukur lilit kepala 31cm dan berat 2.9kg…
Masih di bawah julat normal…
Alhamdulillah….

Namun…5 bulan usiamu segalanya bermula…
Kau diserang sawan dan asma yg teruk…
Hospital telah menjadi rumah kedua kita…
dan saat itulah kau disahkan bayi kelainan upaya…
Hati luluh menerima berita…
Namun hidup perlu diteruskan….



Kini…
sudah empat tahun…
Kita bersama…mengharungi segala derita…
Mengharungi segala duka sengsara….
Kaulah penawar hati umi yang rawan…
Kaulah penguat semangat umi 
untuk meneruskan kehidupan…
Setelah umi tersungkur di lubang yang paling dalam….
Umi berjaya bangkit bertatih dan akhirnya 
melangkah gagah menongkah arus…




Dan…..

Hari ini…
umi berbangga memilikimu…
Umi bersyukur memilikimu….
walaupun payah…walaupun susah…


Sesungguhnya…
Kaulah anugerah terindah dalam hidup umi….


SELAMAT HARI LAHIR SAYANGKU…
SEMOGA PANJANG UMUR DAN SIHAT SELALU…
DAN SEMOGA KITA TERUS KUAT MENEMPUH 
HARI-HARI YANG MENDATANG…..

Impian umi hanya satu…
Memberikan yang terbaik buatmu…
InsyaAllah……

 
5 Comments

Posted by on November 3, 2011 in Iman

 

5 responses to “SUDAH EMPAT TAHUN….

  1. insan kerdil

    November 3, 2011 at 8:33 pm

    catatan hari lahir buat Iman…..

    wahai pejuang yang berjiwa besar…
    tiada satu hari pun yang berlalu tanpa kamu berjuang…..
    biar pun di setiap 'pandangan'…tiap 'luahan'…begitu 'terpendam' jauh di 'lubuk' sanubari…..
    namun….'gapaian' tangan tetap 'dihulur'…tergengam erat….peransang agar tidak ada yang 'berputus harap'…..

    wahai pejuang berjiwa besar….
    hati mu tulus….jiwa mu suci….
    tanpa jemu….'mengilap' kasih….agar kekal 'bercahaya'…untuk yang tersayang…dan yang menyayangi….

    wahai pejuang berjiwa besar….
    teruskan berjuang….menjadi 'tapak' buat tiap hati yang teruji dan diuji….kerana pasti Dia menyediakan tempat mu untuk sentiasa bersama…..tiap yang tersayang…dan yang menyayangi…yang kekal abadi….

    selamat hari lahir yang ke-4…buat permata hati Iman….

    salam sayang,
    acik.

     
  2. iDa DgN aNaKnYa aLoNG

    November 4, 2011 at 3:43 am

    heppiiii bdayyy iman…semoga menjadi anak yg soleh…

     
  3. nuyin2u

    November 7, 2011 at 4:58 am

    happy birthday iman….iman mesti buat ummi ceria selalu tau…

     
  4. nuyin2u

    November 8, 2011 at 9:37 am

    happy besdey iman…iman mesti buat ummi gembira tau…

     
  5. yayath

    November 14, 2011 at 5:35 am

    alhamdulillah…akak sungguh tabah..

    happy belated besday buat Iman permata kesayangan akak:)

     

Leave a comment

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.