RSS

Hidup Mesti Diteruskan….

08 Mar
Alhamdulillah…
mereka anak yang begitu mengerti dan memahami derita hati saya…
Pada mereka berdua saya sandarkan harapan menjaga dan merawat Iman
apabila saya menutup mata kelak….
Salam sayang buat semua pembaca Blog KerikilKehidupan….
Alhamdulillah saya masih diberi kekuatan untuk mencoret di sini….
Saya masih bernafas untuk terus mengatur langkah…
Doa kalian yang tidak putus-putus pada diri ini…
Memberikan saya satu kekuatan yang sukar saya gambarkan…
Syukur juga pada yang Esa kerna saya masih dipinjamkan sebuah kesabaran…
Saya masih dihadiahkan nikmat kehidupan…
Tidak pernah bertemu mata…
Apatah lagi bersua…namun kalian dekat di hati saya…
Kata-kata kalian meniupkan semangat baru buat saya…
agar saya tidak terus rebah…
agar saya tidak terus tersungkur untuk kesekian kalinya…
Kesakitan, kepedihan, kekecewaan itu seolah-olah sudah sebati dengan diri saya…
Merasa sakit yang berpanjangan membuatkan saya belajar menghadapi kesakitan demi kesakitan…
Alhamdulillah…saya kembali tenang…
saya kembali optimis…
biarlah mereka di luar sana ingin mengatakan apa sahaja..
saya sudah biasa dikutuk secara terbuka…
saya juga sudah biasa dihina…
Saya telan semuanya sendirian…
Kini…hari ini…
saya bangkit bertatih kembali…
saya ingin kembali berjuang demi permata-permata hati saya…
Saya tidak mahu dipijak lagi…
Moga kekuatan dan kesabaran yang dipinjamkan ini terus bersama saya…
Esok…saya akan ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar…
Menghadiri speech Terapi Iman untuk kali kedua…
dan juga membayar alat pendengaran Iman…
Moga hari-hari yang bakal saya lalui bersama permata hati akan terus tenang dan damai…
walaupun saya tahu masih banyak onak dan ranjau yang perlu saya tempuhi…
tapi saya yakin…Allah menyelesaikan segala-galanya buat saya….
Allah bersama-sama saya…
Ameennn….

 
7 Comments

Posted by on March 8, 2011 in Luahan

 

7 responses to “Hidup Mesti Diteruskan….

  1. Manja Cute

    March 8, 2011 at 11:37 pm

    As-salam untuk nani dan permata-permata hatimu….
    Nani….

    Saya respect nani atas kekuatan dan ketabahanmu mengharungi semua ini…yakinlah nani bahawa Allah tidak akan menguji kita sekiranya kita tidak mampu melaluinya….

    u are very strong my dear…really…very strong….kehadiran iman yang istimewa itu lagi menguatkan semangat nani untuk terus berjuang….jgn putus harapan yer…..saya sekeluarga akan terus mendoakan agar nani dan anak-anak akan sentiasa mendapat perlindungan dan barakah daripada Allah S.W.T….. Amin….take care!!!

     
  2. Mawar

    March 9, 2011 at 2:58 am

    kak nani,

    syukur alhamdulillah…
    kerana ALLAH masih mmberikan kekuatn demi kekuatn utk kak nani melalui smua ni

    rmh kak nani ni brapa km @ brapa jam brkereta ke UTHM (dulunya KUITHO)?

    sy ada adik study kat sana, kalau ada peluang nanti kita bleh jmpa bila kami p jenguk adik

     
  3. insan kerdil

    March 9, 2011 at 5:27 am

    pabila langkah diatur….kan 'terbaca' kah getar di hati…..? biar pun titipan bekal seperti bisa 'menenangkan'….masih ada kah kekuatan sama yang telah sedia 'teruji'….? masih akan ada kah ruang dan peluang….membina bentengan 'pemisah'…?

    perjalanan kehidupan….biar pun yang 'tersingkap' adalah zahir nya…..yang 'terlindung' adalah pada tiap pengharapan nya…..namun ianya adalah tetap menjadi rahsia Penentu….Pemilik….yang Esa..

    kebergantungan…..dan segala pengharapan….tetap berpaksi pada hak milik mutlak….Penentu…Pemilik….Allah S.W.T…yang Maha Mengetahui….Maha mengasihani….Maha Adil….

    yang tidak akan sesekali memungkiri janji….dan tidak sesekali menzalimi….

    buat tiap hati yang teruji….dan diuji….ujian itu berputar mengikut apa yang telah Dia tentukan……biar pun ada ketika nya ujian itu tentang apa….bagaimana….kenapa….namun ujian makhluk yang sebenarnya adalah pabila tiap kepercayaan dan keyakinan itu dipertahan….atas iman dan taqwa kepada Allah S.W.T….

    ketentuan Allah adalah rahsia Allah…

    wallahu'alam…

     
  4. Anonymous

    March 10, 2011 at 12:00 am

    saya doakan yg terbaik utk akak.
    hanya yg terpilih oleh Allah sahaja akn menerima ujian sebegini.
    akak merupakan ant yg terpilih.
    insyaAllah akak mampu menghadapinya

     
  5. Yasmin Nabilah..

    March 10, 2011 at 12:42 pm

    Moga akak terus melangkah demi iman dan anak-anak lain..InsyAllah..:) Amin.

     
  6. srikandibugis

    July 25, 2011 at 3:34 am

    as salam…. pertama kali membaca blog akak nie membuatkan hati saya cukup tersentuh… semua ujian yang menimpa kita adalah suratan yang maha Esa kerana sesungguhnya kita sudah mengetahuinya bahawa Dia lebuh mengetahui apa yang terbaik untuk hambaNya… sedikit sebanyak saya juga dapat memahami perasaan dan kesedihan ati akak, kerana boleh di katakan saya, ibu, dan adiq saya juga turut mengalami gelora jiwa yang sama dengan keluarga akak cuma bezanya arwah ayah telah pergi bukan untuk sehari, sebulan, setahun, tetapi untuk selamanya… saya bersyukur dapat menemui blog akak nie kerana ianya dapat memberikan saya kesedaran dan betapa pentingnya erti kesyukuran… allah menurunkan ujian kepada kita kerana kita adalah insan-insan terpilih yang di sayangainya…

     
  7. Mak Wardah

    October 14, 2012 at 2:17 pm

    Nani, insan terpilih dlm hadapi dugaan allah adalah yg mampu utk hadapinya, pasti ada pelangi indah menanti nani dan anak2. Akan dipermudahkan allah segala urusan nani, insyaallah

     

Leave a comment

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.