RSS

SEMINGGU YG HURU HARA….

09 Jul

Selamat bertemu kembali….

Rindu untuk mencoret di blog kesayangan umi ni….Namun kekangan waktu membataskan umi untuk berbuat demikian…

Seminggu yg umi jalani begitu melelahkan…

Bermula Isnin, umi membawa Iman ke PDK…rupanya Cikgu Wan telah berhenti kerja, dan berpindah ke JB…so Iman kembali ke Cikgu Shasha…Umi suka…sebab umi lebih selesa bertukar pndpat dgn guru perempuan…Pada petangnya umi bergegas membawa Iman ke Terapi Cara Kerja..Pukul 2 petang…tergesa-gesa umi balik dari sekolah menghantar Kak Long ke sekolah agama, balik rumah hanya untuk mandi dan solat zohor, pukul 230 umi dah bergerak ke hospital sebab terapi Iman kul 3, alangkah hampanya setelah sampai umi dikhabarkan puan Zarinah berkursus, huhu…rasa nak marah pun ada…napalah nurse kat kaunter tu tak call…bukan apa, sebab sepatutnya umi kena menghadiri latihan sukan di sekolah, masa mintak exuse pun GPK Koko tu macam jawab acuh tak acuh jer…
Hari selasa…juga begitu, umi membawa Iman ke PDK…Iman diajar menaiki dan menuruni tangga…bukan main seronok dia…petangnya umi menghadiri latihan sukan di sekolah…pukul 6 petang barulah umi sampai rumah…Pada malamnya, mira telah diserang demam panas…risau sungguh umi…Esoknya Mira MC…
Hari Rabu…umi membawa Iman ke PDK untuk cek gigi…Sepatutnya umi kena menghadiri taklimat pada pukul 830 pagi di PDK…memandangkan Iman tak de  kelas hari Rabu sebab umi hanya dapat keluar lama Isnin dan Selasa sahaja…GPK 1 kelihatan keberatan untuk memberikan umi kebenaran keluar…umi hanya diberikan masa setengah jam…mujurlah sewaktu sampai Iman terus diperiksa…Alhamdulillah…Dr mengatakan gigi Iman bagus….dan umi dinasihati menjaganya sebaik mungkin…Cikgu Liza menjemput umi untuk menghadiri seminar murid2 OKU pada hari Ahad dan Isnin…umi teruja nak pergi…tapi buntu kerana melibatkan hari persekolahan…CRK umi cuma tinggal 4 hari…Kakak call, ckp badan Mira terlalu panas, balik sekolah umi terus membawa Mira ke klinik….suhunya ketika itu 38.5…sangat panas…Dr Elly terus memasukkan ubat bontot…sian anak umi tuh…petangnya umi terpaksa menghadiri latihan sukan sampai kul 6 petang…penatnya…Malam, Mira dah start merengek…tak selesa badannya panas…suhunya turun naik…walau diberikan ubat setiap 4 jam…
Mira yang demam teruk…

Hari Khamis…Sedari pagi umi dah sebok di padang sekolah….ada pemilihan murid untuk acara KBSR…huhu…letih sgt rasa badan, ditambah dgn tak cukup tidur…Petangnya, sepatutnya umi terpaksa menghadiri mesyuarat Lesson study…tapi umi sekali lagi terpaksa mintak excuse sebab OCCT Iman yg cancel hari Isnin dibawa ke hari Khamis…kalau kat Hospital Serdang jgn haraplah nak dapat tarikh ganti secepat itu….Kul 315 umi dah sampai ke hospital…mujurlah hujan baru nak turun, kalau tak mungkin umi terpaksa berpatah balik sebab hujan turun dgn lebat…mana mungkin umi nak redah hujan bersama Iman dari parking ke lobi Hospital, mahu basah kuyup…Puan Zarinah memuji Iman yg sudah blh bgn untuk duduk sendiri tanpa menggunakan bantal…perkembangan Iman semakin baik…cuma masa duduk kat standing frame…Iman kelihatan kurang fokus, dia mengantuk…sebab kul 4 time Iman tidur…umi pun sama, kat luar hujan lebat…kat dalam bilik terapi aircond…sejuk dan nyaman untuk melelapkan mata….kul 530 kami sampai rumah…Mira pulak demamnya beransur pulih tetapi Kak Long pulak yg demam…terbaring jer masa umi ambik kat rumah MokDer…dia selsema dan batuk…ahh…berjangkit pulak demamnya…
Iman di standing frame…mula2 ok….


start muka boring….
Hari Jumaat…Kak Long pula yg menggantikan Mira MC…batuknya menyesak dada…badannya panas…sian umi tgk…Mira bukan main seronok dapat kembali ke sekolah…Rindu kat teacher katanya…Pukul 12 umi nak ambik Mira sewaktu nak balik…umi lihat Mira terbaring di atas tikar kat prasekolah…rupanya badannya kembali panas…huhu…Sian anak umi…Pada belah petangnya umi terpaksa menghadiri Khemah Ibadah untuk murid-murid tahun enam…hati berbelah bahagi…berat meninggalkan anak-anak yg sakit di rumah kakak…namun terpaksa sebab umi diarahkan jaga bahagian pendaftaran peserta…Pukul 5 petang, kakak call, katanya panas badan Mira tak turun2…dan kakak meminta umi membeli ubat bontot….Sekali lagi umi terpaksa meminta excuse dari penyelaras program…umi tebalkan muka…bimbang dikata sengaja curi tulang…kerna umi juga terlibat sebagai fasilitator…ada kumpulan yg umi kena handle…Alhamdulillah penyelaras memahami….
Malamnya…Mira merengek terus…umi berkira2 jika masih berterusan, umi nak bawa Mira ke hospital…kak long pula umi dah belikan ubat selsema dan batuk…huhu…pening dibuatnya jika anak2 sakit serentak…Mira dgn ragamnya…yelah badan tak selesa…makan langsung tak nak…puas dipujuk…umi bimbang dia semakin lemah….sepatutnya umi kena bermalam di sekolah sebab ada Qiyamullail…Namun apakan daya….anak-anak sakit dan perlu diberi perhatian….
Sudahnya Hari Sabtu umi hanya di rumah…walaupun umi terpaksa menghadiri Khemah Ibadah untuk hari kedua….yg umi mampu khabarkan maafkan saya…jauh di sudut hati…saya sendirian…kalau saya tak jaga mereka…siapalah yg nak jaga…saya tak kuasa nak fikirkan jika saya digelar guru yg tak punya komitmen…sebab bagi saya…anak-anak lebih perlukan saya….
Semoga umi terus diberi kekuatan dan kesabaran…sudahnya umi terpaksa menolak untuk menhgadiri kursus OKU anjuran JKM Segamat….mungkin lain kali…dalam hati ada sedikit ralat…
Minggu depan lagi sebok…latihan sukan setiap hari sblum menjelangnya sukan pada 16 Juali…cepatlah habis…tak larat dah…
Huhu…seminggu yg huru hara kan…?????
 
2 Comments

Posted by on July 9, 2011 in Luahan

 

2 responses to “SEMINGGU YG HURU HARA….

  1. Yana a.k.a Nonie

    July 10, 2011 at 4:43 am

    betul2 huru hara..sy dpt bygkn camner situasi akak mcm tu..yerlah sorang diri menguruskn 3 anak..dgn komitmen keje & masa lg.Andainyer bdn nie blh dibahagi 2 kn kak…hrp2 org atasan memahami keadaan akak..tp klu x merasai pyh gak nk phm keadaan kiter yg punyer anak istimewa kan kak:-(
    Apapun syabas buat akak kerna membuat pilihan yg betul iaitu anak2 adlh penting dr segala-galanyer:-)moga anak2 akak cepat sembuh..aaamin

     
  2. Tika

    July 11, 2011 at 4:31 pm

    alahai penatnyaa jadi akak.. kesian kak nani.. MAcam mana Mira dan Kak Long kak?? dah sihat ke mereka??

    Harapnya iman kuat tak jangkit demam ya.. aminn

     

Leave a comment

 
CORETAN UMI IMAN

Berjuang selagi terdaya......

WordPress.com News

The latest news on WordPress.com and the WordPress community.